puding lapis coklat crispy

Puding lapis coklat crispy ini merupakan dessert yang sempurna bagi mereka yang gemar dengan tekstur rangup dan rasa coklat yang penuh.

Menggabungkan kraker keju sebagai lapisan bersama puding coklat yang lembut, ia menghasilkan pencuci mulut yang sedap dan menarik.

Tambahan lagi, untuk rasa yang lebih variasi anda boleh sahaja menggunakan kraker coklat ataupun vanilla, Ikut kepada citarasa sendiri.

Jom lihat resipi pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan ini.

Baca lagi: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

RESIPI PUDING LAPIS COKLAT CRISPY

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus (400 gram) kraker keju
  • 2 bungkus serbuk agar-agar plain
  • 200 – 220 gram gula pasir
  • 15 gram tepung jagung (tepung maizena)
  • 25 gram serbuk coklat
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1000 ml susu cair
  • 1 biji telur
  • 100 gram coklat batang

Cara Membuat:

1. Di dalam kuali atau periuk, satukan serbuk agar-agar, gula pasir, tepung jagung, serbuk coklat, dan garam. Aduk rata supaya semua bahan bercampur dengan sempurna.

2. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan kering tadi sambil dikacau. Pastikan tidak ada ketulan agar campuran menjadi licin dan sebati.

3. Panaskan campuran di atas api sederhana sehingga menjadi suam. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau hingga sebati. Telur akan memberikan tekstur lembut kepada puding.

4. Setelah campuran menjadi panas, masukkan coklat batang dan kacau hingga coklat meleleh sepenuhnya. Teruskan mengacau sehingga campuran mendidih.

5. Basahkan loyang dengan sedikit air supaya puding mudah dikeluarkan selepas mengeras.

6. Tuangkan sekitar 5 senduk adunan puding ke dalam loyang dan biarkan ia sebentar sehingga terbentuk lapisan atau ‘berkulit’.

puding lapis coklat crispy

7. Setelah lapisan pertama puding mengeras sedikit, susun kraker keju di atasnya. Pastikan kraker diletakkan rapat dan mengikut saiz loyang.

8. Kemudian tuangkan lagi adunan puding coklat di atas kraker dan ulangi langkah ini sehingga semua adunan dan kraker habis digunakan.

9. Setelah semua lapisan selesai, biarkan puding di dalam loyang hingga ia betul-betul set dan mengeras. Ini boleh mengambil masa beberapa jam atau boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mempercepatkan prosesnya.

10. Setelah puding mengeras, keluarkan dari loyang dan potong-potong mengikut saiz yang diinginkan. Puding coklat lapis crispy anda sedia untuk dihidangkan.

puding lapis coklat crispy

Sumber: Dapur Mamika

Baca lagi: Cara Buat Kek Mille Crepe Coklat, Setiap Suapan Rasa Nikmat Sungguh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN