Resepi puding coklat susu ini memang unik kerana menggunakan acuan kuih lompang yang kecil dan comel.
Biasanya orang akan menggunakan loyang, kemudian memotongnya kecil-kecil sebelum dihidangkan. Tetapi dengan versi ini, puding boleh terus diambil dan dimakan tanpa perlu dipotong.
Jika guna resipi ini juga, puding tidak berair selepas keluar dari acuan. Ia juga kekal lembut elok serta tidak keras.
Baca juga: Cara Buat Puding Kastard Jagung, Lebihkan ‘Bahan Ini’ Kalau Nak Lagi Lemak
RESEPI PUDING COKLAT SUSU
Bahan-bahan:
- 10 gram serbuk agar-agar
- 10 gram serbuk jelly (kalau tiada, tambah lagi 10g serbuk-serbuk agar)
- 3 sudu makan tepung jagung
- 1 tin susu cair
- Setengah tin susu pekat (ikut tahap kemanisan masing-masing)
- 1 cawan gula
- 1300 ml air
- Esen vanila
- 1 sk garam
- 2 sudu makan serbuk koko
- Emulco coklat
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan kecuali emulco coklat ke dalam periuk yang telah berisi air dan kacau sebati.
- asak hingga mendidih, pastikan sentiasa dikacau semasa proses memasak.
- Setelah mendidih, asingkan lebih kurang 550ml bancuhan tadi untuk dijadikan lapisan yang berwarna cair.
- Untuk bancuhan selebihnya, tambahkan emulco coklat mengikut cita rasa.
- Dalam acuan, tuangkan lapisan yang telah dicampur dengan emulco coklat. Setelah separa beku atau berkulit, tuangkan pula lapisan cair tadi.
- Biarkan selama 1 hingga 2 jam pada suhu bilik, kemudian sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Nur Leeyaa
Baca juga: Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!