Resipi puding batik ini sesuai disajikan pada bila-bila masa sahaja. Rasa yang seimbang manis lemak dan dimakan sejuk-sejuk memang sedap ya amat!
Cara buatnya sangat senang dan lebih kurang langkah kek batik yang kebiasaan dibuat sahaja.
Hari ini MyResipi akan kongsikan resipi oleh Cik Puan Sukma Wati yang dijamin anti gagal!
Baca juga: Kari Daging Marvellous, Guna PETUA Ini Confirm Menjadi!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Sediakan periuk, masukkan gula, agar-agar, Milo, garam, dan tepung jagung. Kacau rata.
2. Setelah bahan-bahan kering sudah sebati, masukkan susu cair, susu pekat manis, kuning telur, esen vanila, dan pasta coklat. Masak campuran ini sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan marjerin. Kacau hingga marjerin cair sepenuhnya, kemudian angkat periuk dari api.
4. Sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit air agar puding mudah dikeluarkan nanti.
5. Tuangkan 3 senduk sayur adunan puding ke dalam loyang dan ratakan.
6. Susun biskut di atas lapisan puding yang telah diratakan. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis, membentuk 4 lapisan.
7. Biarkan puding sejuk dan mengeras sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber: Sukma Wati
Baca juga: Makaroni Bakar Mudah, Resipi Jimat Masa & Gerenti Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…