Categories: Informasi

12 Promosi Makanan Menarik Sempena PRN 2023, Tunjuk Jari & Tebus!

PRN Negeri (Pilihan Raya Negeri) semakin hampir! Seperti biasa, setiap kali ada ‘hari bersejarah’, pasti akan ada banyak promosi makanan yang ditawarkan.

Jom MyResipi kongsikan 12 kedai makanan dan minumam yang menawarkan promosi istimewa sempena Pilihan Raya Negeri.

Baca juga: Restoran KFC, Pizza Hut Ganti Minuman Pepsi Kepada Coca-Cola

PROMOSI MAKANAN DAN MINUMAN SEMPENA PRN NEGERI

1. Starbucks

Nikmati potongan sebanyak 50% untuk pembelian air kedua dengan pembelian air pertama. Promosi sepanjang hari pada 12 Ogos 2023.

2. Tealive

Sempena Pilihan Raya Negeri bagi 6 negeri, Tealive menawarkan promosi bagi 6 pilihan minuman dengan harga RM6 sahaja.

Promosi bermula 24 Julai 2023 sehingga 13 Ogos 2023. Masukkan kod promosi ‘PRN6’ semasa proses pembayaran menerusi aplikasi Tealive.

3. Marrybrown

Dapatkan minuman Root Beer saiz regular dengan harga RM1 sahaja! Promosi sah pada 12 Ogos 2023 untuk pengundi atau bukan pengundi.

4. Texas Chicken

Ada boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu ‘Crunchy Jalapeno Wrap’. Promosi bermula 11 Ogos 2023 sehingga 14 Ogos 2023.

5. CU Mart

Pembelian kedua aiskrim soft serve, jochiwon peach tea dan grapefruit tea dengan harga RM1. Dapatkan juga 2 tin milo dengan harga RM6. Tawaran bermula 11 Ogos sehingga 13 Ogos 2023.

6. Burger King

Tunjuk jari berdakwat dan tebus minuman Coca-Cola secara percuma.

7. Boat Noodle

Tunjukkan jari berdakwat anda dan dapatkan satu mangkuk boat noodle percuma. Tawaran sah pada 12 Ogos 2023.

8. US Pizza

Dapatkan diskaun sebanyak 50% untuk semua menu ala-carte, dine-in sahaja. Promosi sah pada 12 Ogos 2023.

9. Domino’s Pizza

Beli satu pizza bersaiz regular dan dapatkan pizza bersaiz large dengan harga RM1 sahaja. Tawaran sah pada 12 Ogos 2023 sahaja.

10. Sushi King

Tunjuk jari berdakwat dan dapatkan satu sushi Goma Lidako Trio secara percuma dengan dengan mana-mana pembelian. Tawaran bermula 12 Ogos sehingga 13 Ogos 2023 sahaja.

11. Pizza Hut

Beli New Regular Cola Pizza dan dapatkan pizza bersaiz Large secara percuma.

12. Tony Roma’s

Dapatkan ‘BBQ 1/4 Chicken’ secara percuma dengan pembelian minimum RM30. Tunjuk jari berdakwat dan tebus ayam anda! Tawaran ini sah pada 12 Ogos 2023 sahaja.

Sumber: KL Foodie

Baca juga: Kedai Pizza Sedap Dekat Bukit Jelutong, Rasa Berbaloi Dengan Harga!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago