projek mangkuk tingkat

Buat julung-julung kalinya, MyResipi mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan WOWSHOP dan Le Nona bagi merevolusikan cara rakyat Malaysia mengambil makanan harian dengan Projek Mangkuk Tingkat yang menarik.

Kempen ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Julai 2024 merangkumi 4 video utama yang akan dimuat naik setiap minggu menerusi laman Facebook MyResipi.

Bukan hanya sekadar kempen bawa bekal, Projek Mangkuk Tingkat lebih menekankan gaya hidup yang sihat, planet yang hijau dan semangat komuniti yang kuat.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi ‘Sandwich Tebal’ Banyak Inti, Kenyang & Tak Muak. Sesuai Untuk Bekal Anak

ANTARA KELEBIHAN MENYEDIAKAN BEKAL MELALUI PROJEK MANGKUK TINGKAT

projek mangkuk tingkat

Dengan Projek Mangkuk Tingkat, anda akan dapati banyak kelebihan menyediakan bekal makanan sendiri, antaranya:

  • Makan Secara Sihat

Nikmati hidangan seimbang dan terkawal yang dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sekali gus dapat mempromosikan kesihatan dalam jangka panjang.

  • Lindungi Planet

Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan pembungkusan yang berkaitan dengan makanan dibawa pulang misalnya makanan segera, seterusnya dapat menyumbang ke arah planet yang lebih sihat.

  • Jimat Wang, Elak Pembaziran Makanan

Guna semula lebihan makanan dan elak pembaziran makanan, membawa kepada penjimatan kos yang ketara dalam jangka panjang.

  • Berhubung dengan Komuniti Anda

Kongsi resipi dan idea hidangan, memupuk hubungan sosial dan membina komuniti yang saling menyokong kebaikan makanan masakan sendiri.

JOM SERTAI PERADUAN PROJEK MANGKUK TINGKAT, ADA PELUANG MENANG HADIAH SET ISTIMEWA LE NONA!

projek mangkuk tingkat

Selari dengan objektif kempen, MyResipi juga ada berita menarik buat rakyat Malaysia iaitu anda dijemput untuk sertai peraduan Projek Mangkuk Tingkat dengan tawaran hadiah set istimewa Le Nona bernilai RM1,234!

Anda hanya perlu kongsi resipi kegemaran dan foto menarik hidangan bekal di ruangan komen video yang ditetapkan di halaman Facebook MyResipi. Mudah bukan?

Cara untuk menyertai:

  1. Lawati halaman Facebook MyResipi dan cari hantaran video khusus yang mengumumkan peraduan.
  2. Kongsi nama menu dan foto hiasan bekal makanan kreatif di ruangan komen.
  3. Seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu sepanjang tempoh kempen ini berlangsung untuk menerima set istimewa Le Nona bernilai RM1,234!

Hadiah bakal dimenangi:

  • Set Pinggan Makan Italian Bloom

Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima set pinggan makan elegan ini.

  • Set Kuali Jumbo Rose

Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima kuali serbaguna ini untuk semua jenis masakan mereka.

Jom tunjukkan kemahiran membuat bekal yang kreatif kerana anda mungkin salah seorang pemenang yang bakal menerima set istimewa Le Nona yang cantik dan berguna di dapur!

Nak info lebih lanjut tentang butiran peraduan dan inspirasi resipi yang ada? Terus ikuti halaman Facebook MyResipi untuk sebarang perkembangan terkini.

Jom bawa bekal!

Baca juga: Beef Pepper Rice Ala-ala Pepper Lunch, Boleh Buat Idea Untuk Bekal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN