dapur tempur separuh akhir

Empat pasangan keluarga Program realiti, Dapur Tempur telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir.

Pada episod minggu ini, Sissy Imann telah muncul sebagai juri jemputan bagi menilai masakan peserta Dapur Tempur disamping juri tetap, Cef Adu dan Sheila Rusly.

Seperti episod sebelumnya, episod kali ini juga juri masih memberikan komen ‘pedas’ jika peserta ada membuat kesilapan.

Penyanyi, pelakon dan juga pengacara, Sissy Imann mengatakan dia bersetuju dengan teguran juri kepada para peserta kerana apa yang dipersembahkan tidak sepadan dengan level separuh akhir.

“Kalau Sissy tengok cara sis (Sheila Rusly) menegur tadi sebenarnya sesuailah kena macam tu. Sebab Sissy sebagai juri jemputan yang datang pada separuh akhir, Sissy sendiri rasa ini bukan taraf separuh akhir.”

Minggu ini kita akan menyaksikan mereka yang berjaya ke separuh akhir iaitu kumpulan Pendekar Malaya (ayah saudara dan anak saudara), Masam Manis (suami dan isteri), Seketul Rasa (kakak dan adik) dan kumpulan Sudap Sudip (ibu dan anak).

Alamak, apa pula cabaran pada separuh akhir ini sampai peserta kena pegang jaring tu? Kena tangkap sesuatu ke?

Berjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dan menghasilkan hidangan yang menawan hati dua para juri?

Siapakah di antara mereka yang akan mara berentap di pentas akhir pada minggu hadapan?

Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.

Dapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN