popia bergedil rangup

Popia Bergedil Rangup kini jadi buruan ramai setiap kali tiba waktu minum petang dan musim Ramadan. Sekali gigit, terus rasa kentang lembut berinti daging berjus dalam balutan kulit yang garing keemasan!

Kalau anda sedang cari resipi lengkap untuk makan sendiri atau nak jadikan menu jualan, ini versi penuh yang mudah ikut dan confirm menjadi.

Baca juga: Popia Sambal Guna Tauge Mentah, Tapi Laku Keras & Kekal Rangup

RESIPI POPIA BERGEDIL RANGUP INTI DAGING PADU (30-40 BIJI)

popia bergedil rangup

Bahan-bahan inti:

  • 1kg daging kisar
  • 3kg kentang
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
  • 3–4 ulas bawang putih (cincang)
  • Daun sup dan daun bawang (hiris halus)
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu perasa secukup rasa

Bahan-bahan lain:

  • Kulit popia saiz kecil
  • 2–3 biji telur (dipukul untuk celup)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng Dan Lenyek Kentang

  • Kupas kentang, potong nipis sederhana dan goreng hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan, kemudian lenyek halus ketika masih panas.

2. Masak Daging Hingga Kering

  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan daging kisar dan masak sehingga air daging keluar.
  • Teruskan masak hingga betul-betul kering.
  • Angkat dan leraikan daging jika ada yang berketul.

3. Satukan Inti

  • Campurkan kentang lenyek dengan daging yang telah dimasak.
  • Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada hitam, lada putih, perasa dan sedikit garam.
  • Gaul sebati dan rasa dahulu.

Cara Balut Supaya Tak Terkeluar

1. Ambil kulit popia.

2. Letakkan inti berbentuk panjang di bahagian bawah.

3. Lipat suku bahagian sahaja dan gulung kemas.

4. Pastikan gulungan padat supaya inti tak pecah ketika goreng.

Teknik Goreng Supaya Betul-Betul Rangup

Rahsia popia bergedil rangup terletak pada suhu minyak.

  • Gunakan minyak yang banyak
  • Pastikan minyak benar-benar panas sebelum masukkan popia
  • Celup dalam telur dahulu sebelum goreng
  • Goreng sekitar 4–5 minit hingga warna keemasan

Jangan guna api terlalu perlahan kerana kulit popia boleh serap minyak dan jadi lembik.

RESIPI SAMBAL KICAP PALING NGAM

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Tomato
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Masak seketika atas dapur supaya lebih tahan lama.

Gabungan pedas cili dan lemak manis kicap memang buat popia bergedil rangup lagi sedap.

Tips Jika Nak Buat Untuk Jualan

  • Pastikan inti kering supaya tahan lama
  • Simpan dalam bekas kedap udara jika frozen
  • Goreng separuh masak untuk simpan stok
  • Jual bersama sambal kicap sebagai set

Menu ini sangat sesuai untuk bazar Ramadan kerana:

  • Mengenyangkan
  • Kos bahan berpatutan
  • Mudah disediakan dalam kuantiti banyak

Kenapa Popia Bergedil Rangup Viral Setiap Tahun?

  • Tekstur luar garing, dalam lembut
  • Rasa seimbang kentang dan daging
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Boleh dipelbagaikan dengan ayam atau sardin

Kalau anda belum cuba buat sendiri, ini masa paling sesuai. Simpan resipi ini dan cuba hujung minggu nanti. Sekali rasa, memang susah nak berhenti!

Selamat mencuba!

Sumber: Sharifah Masturah

Baca juga: Cara Buat Popia Carbonara Rangup Meleleh, Sampai Esok Teringin Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN