Categories: Resipi

Cara Buat Popia Sira Confirm Jadi, Ini Rahsia Kekal Rangup Sampai Malam!

Popia goreng sira yang rangup memang menjadi kegemaran ramai! Hidangan ini mudah didapati, sama ada di pasar malam atau gerai tepi jalan. Namun, jika ada yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah, jom MyResipi kongsikan satu resipi mudah yang boleh anda ikuti.

Dengan resipi ini, popia sira dijamin kekal rangup walaupun selepas digaul dengan sambal. Oleh itu, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya!

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

RESEPI POPIA GORENG SIRA

Bahan-bahan inti:

  • Timun jepun
  • Karot
  • Sengkuang
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit marjerin
  • Garam, gula dan kiub pati ayam

Cara-cara buat inti:

  1. Panaskan marjerin dalam kuali, kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam. Setelah naik bau, masukkan karot, sengkuang dan timun. Goreng hingga sedikit layu.
  3. Setelah itu, angkat dan tapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
  4. Ketepikan inti yang telah siap.

Bahan-bahan popia:

  • Kulit popia (sebungkus, biasanya 50 keping satu paket)
  • Sedikit tepung gandum dan air (untuk dijadikan gam ketika menggulung popia)

Cara-cara goreng popia:

  1. Ambil sekeping kulit popia, kemudian masukkan inti yang telah disediakan tadi. Gulung dengan kemas.
  2. Untuk memastikan popia lekat, sapukan sedikit campuran tepung gandum dan air di hujung kulit popia sebagai gam.
  3. Ulangi langkah ini sehingga semua kulit popia habis digunakan.
  4. Setelah itu, goreng popia dalam minyak panas hingga kekuningan. Pastikan tidak digoreng terlalu lama hingga menjadi hitam.

Bahan-bahan sos:

  • Cili kering (ikut citarasa, tidak perlu disukat)
  • Bawang besar
  • Bawang putih

Cara-cara untuk sos:

  1. Blend semua bahan sos (cili kering, bawang besar dan bawang putih) hingga halus.
  2. Ambil 2 senduk cili kering yang telah diblend tadi.
  3. Masukkan 2 senduk gula, sedikit garam dan sedikit asam jawa.
  4. Tumis cili hingga garing, kemudian masukkan gula, garam dan asam jawa. Masak hingga pekat dan likat.
  5. Setelah sos siap, masukkan popia yang telah digoreng dan gaul rata dengan sos hingga popia terbalut sepenuhnya.

Sumber: Zaleha Kakleha

Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

4 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

4 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

4 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

5 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

6 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

6 hours ago