cara buat popia carbonara

Apabila bercerita tentang kuih goreng yang sedap sekarang, pasti ramai yang jawab Popia Carbonara. Sebenarnya, cara buat Popia Carbonara sangat mudah.

Ramai menyukai Popia Carbonara kerana isian carbonara lemak berkrim dan dibalut pula dengan kulit popia yang garing sempurna memang sedap dimakan bersama keluarga.

Puteri Hana Sofia telah kongsikan resipi Popia Carbonara di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat menarik dan mudah dibuat di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!

CARA BUAT POPIA CARBONARA

cara buat popia carbonara

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu kotak jenama Dutch Lady
  • 4 keping slice cheese
  • 2 cawan mozzarella cheese
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih atau lada hitam
  • Lobak merah
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • Ayam (ayam sejuk beku jenama Ayamas)
  • Sosej
  • Sos carbonara
  • Kulit popia

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang terlebih dahulu.

2. Kemudian, masukkan susu kotak, cheese, serbuk lada, lobak merah, bawang besar, ayam, sosej dan sos carbonara.

3. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa tapi jangan lebih-lebih sebab sos carbonara dan cheese itu sudah masin.

cara buat popia carbonara

4. Apabila sudah siapkan inti, bolehlah mula membalut guna kulit popia.

5. Akhir sekali, goreng sampai keperangan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Anda boleh tambah mozzarella cheese, slice cheese atau mushroom dalam resipi Popia Carbonara ini mengikut selera masing-masing. Apabila dimakan, ia sedap tak terkata.

Cara buat Popia Carbonara ini memang sesuai digunakan untuk menyediakan sarapan atau minum petang yang lazat. Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai idea potluck juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Puteri Hana Sofia

Baca juga: Popia Daging Paling Mudah, Inti Lebih Sedap Dengan Daging Cincang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN