pisang sos kastard

Kalau anda suka pencuci mulut yang lemak manis dan wangi, pisang sos kastard ini memang wajib cuba!

Gabungan pisang yang digoreng dengan butter bersama sos pekat beraroma pandan memang buat ramai tak jemu makan. Ringkas saja tapi hasilnya sedap sangat!

Baca juga: Resipi Pancake Mudah Dan Lembut Macam Kapas, Sekali Gigit Terus Cair Di Mulut!

RESIPI PISANG SOS KASTARD

pisang sos kastard

Bahan-bahan pisang:

  • Pisang (boleh guna pisang nangka, berangan atau lemak manis)
  • Sedikit butter

Cara-cara masak pisang:

  1. Cairkan sedikit butter dalam kuali non-stick, kemudian goreng pisang hingga keperangan dan wangi. Angkat dan ketepikan.

Bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • ½ tin air
  • 1 biji telur (kuning sahaja)
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara buat sos kastard:

  1. Satukan susu cair, air, telur kuning, tepung kastard dan esen vanila dalam mangkuk.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Tapiskan campuran ke dalam periuk. Masukkan daun pandan dan gula.
  4. Masak di atas api sederhana hingga sos menjadi pekat dan berkilat.

Cara hidang:

  1. Tuangkan sos kastard suam ke atas pisang goreng tadi.
  2. Nak lagi sedap, boleh taburkan buah campuran kering, prune atau kismis di atasnya.
  3. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut untuk seisi keluarga!

Sumber: Hazila Baharudin

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN