Categories: Resipi

Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis Dan Tempoyak, Menu Orang Dulu-dulu

Sempat merasa Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi? Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak, makan dengan nasi putih panas boleh bertambah lauk dibuatnya!

Biasanya masak lemak ni tak campur tempoyak. Tapi, kalau campur lagi sedap tau! Kuahnya pun pekat dari biasa.

Nak masak lemak cili api ni, boleh je guna santan kotak. Tapi kalau guna kelapa parut yang kita sendiri perah santannya lagi sedap!

Baca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api ‘Asli’ Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi

Pisang muda ni boleh buat kerepek dan juga sayur. Tapi tak semua jenis pisang sesuai di masak buat lauk macam ni. Kalau ikut resepi ni hanya pisang kapas dan pisang emas je sesuai.

Pisang tu ikut korang nak guna banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan juga kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai masak lemak cili api kita. Jom follow resepi yang di kongsikan oleh SuiSan Aliezsha ni.

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:


  • Pisang muda
  • Garam
  • Asam keping
  • Cili api (ditumbuk)
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Tempoyak
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • 1 biji kelapa parut

Cara memasak:

1. Pisang muda, cuci bersih-bersih seperti dibawah rendam dengan air garam dan asam keping. Guna pisang emas, ada pisang kapas lagi sedap.

2. Tumbuk cili api dan kunyit hidup. Sediakan tempoyak ikut suka letak banyak mana.

3. Perah ambil pati dari setengah kelapa parut.Pisang tu ikut korang banyak mana nak guna. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.

4. Sediakan kuali dan masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis & pisang.

5. Masak kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak.

6. Pastikn garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.


Wah! Resepi simple tapi menyengat ye. Patutlah resepi ni banyak like dan share. Sekali sekala makan sayur buah pisang macam ni pun syok juga.

Lepas rindu makanan kampung. Korang boleh matchkan lauk ni dengan ikan goreng. Barulah letops!

Bahagian kulit pisang tu, buang sampai yang bergetah je. Ada sikit-sikit kulit pun takpe. Hiris nipis.

Supaya senang nak masak pisang tu nanti. Rupanya tak renyah mana pun nak masak lemak ni. Janji rajin je nak masak.

Selamat mencuba.


Sumber: SuiSan Aliezsha

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago