Categories: Resipi

Pie Tee Ala Chicken Rice Shop Ikut Resipi Mak Mertua, Memang Crispy Dan Sedap!

Penggemar Pie Tee ala Chicken Rice Shop itu dah boleh cuba resipi homemade ni! Lagi mudah kerja kalau beli acuannya, selain resipinya yang rangup, boleh berjimat buat stok daripada beli siap.

Baca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap

Buat untuk hidangan potluck, jamuan hari jadi atau sebagai hidangan minum petang nanti. Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurazwani Jaafar ini. Katanya resipi ini diturunkan dari mak mertua beliau. Jom kita buat.


RESIPI PIE TEE ALA CHICKEN RICE SHOP

Siapa kat sini suka makan pie tee? Wanie pun pertama kali makan dan belajar dari mak mertua. Lepas itu baru tengok kat chicken rice shop ade juga menu ini.

Bahan buat bakul pie tee:

  • Acuan pie tee
  • Tepung beras 1 cawan
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Air kapur 1 sudu kecik
  • Air 1 cawan
  • Garam 1 sudu kecil

Bahan inti: 

  • Carrot + timun + sengkuang
  • Bawang besar dan bawang putih yang dicincang
  • Boleh nak letak rencah ayam/ daging/ isi udang ikut suka

Cara buat bakul pie tee:

1. Campurkan semua dan bancuh hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan acuan lepastu celup acuan dalam bancuhan tepung.


3. Rendam sekejap dalam minyak panas tu, dah tengok ok sikit boleh lepaskan dari acuan.
4. Guna garfu pun boleh. Tapi jangan lama lama sangat. Kang nak keluarkan dari acuan susah dan nanti akan pecah kalau kita paksa keluar.

Cara buat inti: 

1. Tumis bawang dan masukkan segala sayur dan gaul sekata. Jangan lama lama sangat nanti layu dan basah.
2. Masukkan dalam bakul pie tee, pastu leh letak pencicah atasnyer utk makan.

Cara buat sos pencicah:

  • 8 tangkai cili merah – boleh tambah ikut kepedasan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka
  • 4 sudu besar sos sos ikan
  • 1 cawan gula perang / gula melaka – ikut kesesuaian

Kacau semua bahan sos ini dan sedia untuk dimakan! 


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago