air barli lemon

Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah kolestrol yang tinggi. Salah satunya adalah dengan mengamalkan minum air barli lemon.

Apa yang menarik, ia bukan saja untuk menurunkan kolestrol tapi juga boleh menurunkan berat badan. Badan akan rasa lebih ringan, best kan.

Jom lihat cara-cara membuat minuman tersebut bawah ini. Untuk menampakkan hasil, amalkan satu gelas setiap hari.

PETUA AIR BARLI LEMON TURUNKAN KOLESTROL

Bahan-bahan:

  • Barli biji
  • Madu
  • Lemon

Cara-cara:

  1. Basuh barli dan rendam seketika.
  2. Masak barli sehingga lembut.
  3. Masukkan dalam cawan.
  4. Perahkan sedikit lemon dan madu.

Banyak kelebihan minum air barli lemon ini iaitu mampu menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) dan mengawal gula dalam darah.

Nota: Untuk anda yang Gluten Intolerance, mungkin ini tidak sesuai untuk anda.

Kredit: Siti Hailia

Baca juga: Sukar ‘Membuang’? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN