Buat mereka yang menetap di bandar pasti sukar untuk mendapatkan daun pisang. Mereka perlu ke pasar basah setiap kali mahu menggunakannya. Tetapi, daun pisang hanya terjual dalam gulungan yang banyak, tapi yang mahu digunakan hanya sedikit. Kalau tidak tahu petua simpan daun pisang dengan betul, ia pasti akan cepat layu.
Rupanya ada petua mudah untuk menyimpan daun pisang supaya tahan lebih lama sehingga 2 bulan. Selepas ini tak perlu lagi beli daun pisang berulang kali, bila nak guna sudah ada stok di dapur. Senang kan? Jom baca petua yang telah dikongsikan oleh saudari Intan Cahaya Rieqal di bawah. Semoga bermanfaat ya!
Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!
Cara Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama Sehingga 2 Bulan
Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit.
Kemudian toskan atau sejat air sekejap. Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Kredit: Intan Cahaya Rieqal