petua pilih ikan pari

Peniaga wanita ini berkongsi petua pilih ikan pari yang segar dan bebas bau. Ketika berada di pasar, kena belek-belek ikan supaya senang nak tentukan ikan mana yang lebih segar.

Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Ambillah ikan yang berwarna kemerah-merahan.

Ramai yang percaya bau tidak sedap pada ikan pari terjadi kerana ia datang bulan, tetapi sebenarnya ini hanya mitos semata-mata.

Baca juga: Ikan Pari Bakar Simple, Makan Dengan Nasi Putih Panas Sodap Beb!

Puan Asmah Chem, pemilik Tropika Freshmart Bangi di Bandar Baru Bangi, memberikan informasi ilmiah tentang ikan pari yang tidak sedap baunya, sekaligus berkongsi tips dalam memilih pari yang segar dan bebas bau melalui Facebooknya.


PETUA PILIH IKAN PARI SEGAR

petua pilih ikan pari

Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.

Sebenarnya ia adalah Mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.

Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.

Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.

Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.

Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.

Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti percaya mitos yang bertentangan dengan ilmu sains.

Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.

Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Asmah Chem

Baca juga: Pari Masak Lemak Cekur, Penuh Rasa Berlemak Pedas Masakan Jawa Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN