Daging sememangnya menjadi kegemaran ramai tapi boleh jadi spoil mood kalau dagingnya liat, susah bila nak kunyah. Sudah menggunakan bermacam petua namun masih tidak berkesan untuk lembutkan daging.
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mahamidah Hamdan atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ida telah berkongsikan petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Jom lihat perkongsian lengkap oleh Cikgu Ida di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara mengempukkan daging. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok
“Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu orang rebus kan? Tapi cikgu tak rebus..”
Caranya:
1. Letak 2 sudu minyak masak. Panaskan minyak.
2. Kemudian, masukkan daging.
3. Air akan keluar dengan sendiri dari daging itu.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala saja dan masak daging sampai airnya kering.
6. Bila sudah hampir kering, baru dikacau dengan kerap.
7. Bila air sudah kering, maka daging itu sudah lembut.
8. Selepas itu, daging boleh dimasak kepada aneka lauk yang disukai. Selamat mencuba petua yang mudah ini. Semoga bermanfaat!
Kredit: Mahamidah Hamzan
Baca juga: Daging Masak Sos Tiram, Resipi Mudah Sedap Dan Enak!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…