Hari ini dah fikir ke tu nak minum petang apa? Kalau belum fikir lagi boleh lah makan kuih bom. Sedap makan semasa panas dengan inti kacangnya. Siapa yang selalu masak kuih bom mesti tahu betapa susahnya nak goreng kuih ini, kerana ia akan meletup semasa digoreng.

Kulit kuih bom ini kenyal yang sedap untuk dimakan dan disalutih biji bijan. Jadi, cara nak membuatnya pun ada cara yang tersendiri. Jom cuba petua buat kuih bom supaya cantik dan tidak meletup semasa digoreng.

 

1. Rehatkan doh

Untuk mengelak daripada kuih bom ini meletup semasa digoreng, anda perlu merehatkan doh tersebut terlebih dahulu. Sekiranya anda mahu menggorengnya pada awal pagi, malam sebelumnya anda perlu merehatkan doh yang sudah siap diuli simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam suhu bilik. Jangan masukkan di dalam peti ais.

2. Jangan letak inti berlebihan

Sekiranya anda meletakkan inti yang berlebihan di dalamnya, ia akan menyebabkan kuih bom tersebut pecah semasa digoreng. Inti yang keluar daripada kulit kuih bom tersebut akan membuatkan ia meletup dan anda boleh terkena percikan minyak.

3. Bahagikan doh mengikut saiz

Bahagikan doh mengikut saiz yang anda mahu, jangan besar sangat nanti semasa menggoreng ia akan mengembang. Biarkan saiznya sedang-sedang sahaja. Selepas itu,  masukkan inti dan bentuk menjadi bebola bulat yang kemas.

4. Api sederhana

Selepas siap semua, masukkan inti. Semasa hendak golek dengan biji bijan, masa ini sudah boleh panaskan minyak dengan api yang sederhana. Salutkan bebola berinti tadi dengan biji bijan. Apabila minyak sudah cukup panas boleh goreng hingga keemasan dan angkat serta toskan minyak.
Siap dan boleh dihidang. Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Kak Chah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN