Selain pisang goreng, bubur kacang hijau juga antara sajian minum petang yang cukup digemari ramai. Namun, ramai yang mencari petua lembutkan kacang hijau kerana kacang ini sering lambat menjadi lembut walaupun sudah direbus lama.
Keadaan ini bukan sahaja memakan masa, malah boleh membuatkan tekstur bubur jadi kurang sedap. Jangan risau, sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan supaya kacang hijau cepat lembut dan lebih mudah dimasak.
Baca juga: Tak Perlu Rendam Air Semalaman, Ini Cara Rebus Kacang Merah Agar Cepat Empuk!
Ikuti langkah ringkas ini sebelum anda memasak bubur kacang hijau:
1. Panaskan kuali dan goreng kacang hijau tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga kacang sedikit garing dan terbit bau wangi. Langkah ini membantu memecahkan lapisan keras pada kulit kacang.
2. Selepas digoreng, rendam kacang hijau dalam air selama kira-kira 2 jam. Proses rendaman ini akan membuatkan kacang cepat kembang dan seterusnya lebih cepat lembut ketika direbus.
3. Selepas direndam, kacang hijau boleh dimasak seperti biasa untuk dijadikan bubur. Jika anda gemarkan bubur kacang hijau yang lebih pekat dan bertekstur, boleh tambahkan sedikit biji sagu semasa memasak.
Dengan petua ini, anda tidak perlu lagi merebus kacang hijau terlalu lama. Bubur kacang hijau pun cepat siap, lembut elok dan sedap dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Nadia Seri Dewi & Keluarga
Baca juga: Stres Susu Segar Cepat Busuk Bila Salah Simpan, Guna Tips Ini Memang Tak Cepat Basi
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…