ayam kampung

Kadang-kadang bila masak ayam kampung, ayam pencen atau tulang lembu, kita akan ambil masa lama untuk rebus sampai lembut. Ada yang guna pressure cooker, ada juga yang putus asa sebab daging keras tak sudah. Tapi tahukah anda, ada satu petua tradisional yang mudah, murah dan sangat berkesan?

Petua ini dikongsi oleh Puan Esah Lah ini berdasarkan pengalaman yang sudah lama diamalkan dan ramai yang dah cuba pun akui hasilnya menjadi. Tak perlukan bahan mahal, cukup hanya satu bahan asas yang ada di dapur kita semua.

Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!

CARA PALING SENANG LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

  1. Masukkan ayam kampung, ayam tua atau tulang daging ke dalam periuk seperti biasa.
  2. Tambahkan air secukupnya untuk merebus.
  3. Masukkan 1 sudu makan beras pulut yang telah dibasuh bersih ke dalam rebusan tersebut.
  4. Rebus seperti biasa dengan api sederhana.
  5. Dalam kurang daripada 30 minit, daging akan menjadi lembut tanpa perlu guna pressure cooker!

Kenapa beras pulut? Beras pulut dipercayai mengandungi kanji yang membantu mempercepatkan proses pelunakan daging semasa merebus. Ia bertindak balas dengan protein dalam daging dan membantu memecahkan serat keras dengan lebih cepat.

Sumber: Esah Lah

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN