Categories: Tips & Petua

Petua Masak Gulai Ikan Supaya Isi Kekal Elok, Tak Hancur Walaupun Kuah Lama Mendidih!

Satu cabaran besar apabila memasak gulai ikan ialah isi ikan yang mudah hancur apabila sudah lama menggelegak. Jangan risau, ada petua ikan tak hancur dalam gulai yang mudah.

Gulai ikan cukup dikenali dengan kuahnya yang pekat, ada rasa masam, pedas dan lemak, cukup lengkap untuk buat nasi bertambah. Apabila makan, memang berselera.

Seorang pengguna TikTok, @fienazshafieofficial, kongsikan satu tips mudah untuk memastikan isi ikan kekal elok dalam gulai. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Tips Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!

PETUA IKAN TAK HANCUR DALAM GULAI

1. LUMURKAN GARAM SEBELUM MASAK.

Sebelum masukkan ikan ke dalam gulai, lumurkan sedikit garam pada isi ikan. Katanya, ini membantu mengekalkan isi ikan supaya tak mudah berderai apabila dimasak lama.

2. GORENG IKAN TERLEBIH DAHULU.

Goreng ikan sampai sedikit garing sebelum dimasukkan ke dalam gulai. Cara ini buat isi lebih pejal dan tak mudah hancur. Pada masa yang sama, beri rasa lebih sedap pada kuah gulai.

3. JANGAN MASUKKAN IKAN TERLALU AWAL.

Pastikan kuah gulai sudah mendidih, cukup rasa dan hampir siap sebelum ikan dimasukkan. Jika masuk terlalu awal, ikan akan jadi terlalu lama berada dalam kuah panas, mudah hancur dan hilang bentuk.

4. JANGAN SELALU KACAU.

Selepas ikan masuk ke dalam gulai, biarkan ia masak perlahan. Jika kerap kacau, risiko ikan hancur semakin tinggi. Oleh itu, cukup goncang periuk secara perlahan saja.

5. ELAKKAN KACAU DENGAN SENDUK BESI.

Jika nak alihkan ikan, guna senduk kayu atau goncangkan periuk perlahan. Elakkan mengacau kasar sebab itu punca utama isi ikan hancur.

Petua ikan tak hancur dalam gulai ini sesuai untuk semua jenis gulai, tak kisah gulai kuning, gulai lemak, atau gulai tempoyak. Hasilnya ikan nampak cantik tersusun dalam mangkuk, bukan tinggal tulang dengan kuah saja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: fienazshafieofficial

Baca juga: Resepi Gulai Kuning Ikan Merah Kelantan, Tips Ini Buat Kuah Jadi Sedap Molek!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago