hancing ikan pari

Pasti ramai yang suka makan ikan pari kan? Tapi paling leceh bab nak cuci hancing ikan pari tu, kalau salah cara nanti bau hancing tidak akan hilang.

Ikan ini adalah spesis yang biasa kita jumpa di pasar dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi.

Kalau anda tak tahu cara-cara untuk mengatasi bau hancing ikan-ikan ini, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Faizah Husin di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Buang ‘Bisa’ Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal

Cara Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari

Assalamualaikum. Saya nk share petua untuk hilangkan bau hancing ikan pari.

Ikan pari dah siang cuci dengan garam, bilas, rendam air beras dan cuci lagi. Akhir sekali rendam dengan air kapur dalam 1 sudu besar dalam 5 minit.

Cuci bersih lihat buih-buih hancing akan keluar semua. Ikan jadi bersih. Selamat mencuba.

hancing ikan pari

Cara memilih ikan pari segar:

  1. Semasa memilih ikan, pastikan ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Untuk kenalpasti rahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
  2. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya pilih ikan yang tidak berbau hancing untuk memudahkan proses memasak nanti.

Sumber: Faizah Husin

Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN