Memasak memang seronok, tapi ada satu masalah yang sering muncul iaitu bau masakan yang melekat di ruang dapur. Lebih lagi kalau dapur rumah anda tak ada ‘hood’ untuk penyedut asap.
Tapi jangan risau, kami ada beberapa petua mudah untuk elak rumah berbau selepas memasak. Dalam artikel ini, kita akan kongsikan lima cara praktikal yang boleh anda guna.
Dengan cara ini, anda boleh masak dengan gembira tanpa risau tentang kesan bau yang akan menyebabkan rumah busuk. Mari baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Baca juga: Jangan Simpan 5 Makanan Ini Dalam Peti Ais, Rupanya Boleh Jadi Racun!
Baca juga:
1. Potongan limau kasturi
Hiris limau kasturi dengan nipis dan letakkan di dalam bekas atau mangkuk berisi air. Biarkan air ini berada di atas meja dalam keadaan terbuka. Aroma segar dari limau kasturi ini bukan sahaja menyegarkan suasana, tetapi juga dapat menghilangkan bau tidak sedap di dalam rumah.
2. Rebus daun limau purut
Ambil lima ke enam helai daun limau purut, kemudian rebus menggunakan secawan air. Setelah itu, tutup api dan biarkan air rebusan ini dalam keadaan terbuka kerana bau yang terhasil mewangikan kediaman anda. Daun limau purut terkenal dengan aroma yang segar dan mampu menyegarkan suasana dalam rumah.
3. Kulit limau dan kulit kayu manis
Sama seperti daun limau purut, rebus kulit limau dan kulit kayu manis. Setelah sejuk, masukkan air rebusan ke dalam botol semburan dan gunakan sekitar dapur serta ruangan lain. Kombinasi bau citrus dari kulit limau dan wangi rempah kayu manis akan memberikan suasana yang lebih menyenangkan.
4. Hirisan daun pandan
Hiriskan daun pandan dalam saiz kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka. Ruang dapur anda pasti akan berbau harum dengan bau pandan ini. Selain memberikan aroma yang menyenangkan, pandan juga sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.
5. Arang
Selitkan arang di dalam pasu bunga atau kawasan yang berdekatan dengan dapur agar ia dapat menyerap bau dengan cepat. Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang efektif, membantu memastikan udara di dalam rumah kekal segar dan bersih.
Sumber: Murai
Baca juga: Cara Simpan Sayur Tahan Lama, 15 Hari Masih Segar Macam Baru Petik!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…