Categories: Tips & Petua

Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Ramai yang suka ikan keli goreng garing atau sambal, tapi tak ramai tahu cara hilangkan lendir. Kalau tak kena cara, ikan boleh hanyir dan meletup bila digoreng. Sebab itu penting tahu petua cuci ikan keli yang betul.

Dengan langkah mudah ini, lendir ikan keli boleh hilang sepenuhnya, bau hanyir pun tak ada dan ikan pun jadi lebih sedap bila dimasak. Tak payah risau lagi nak menggoreng sebab ikan tak akan meletup dalam minyak panas.

Bukan saja senang, tapi hasilnya memang puas hati. Selepas ini kalau teringin nak makan ikan keli goreng rangup, anda boleh cuba petua yang MyResipi kongsikan di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ikan Bilis Murah Pun Boleh Jadi Rangup, Guna Petua Ini Dijamin Tak Liat Bila Goreng!

PETUA CUCI IKAN KELI SUPAYA HILANG SEMUA LENDIR

Ini cara mudah untuk hilangkan lendir ikan keli sebelum dimasak:

  1. Basuh ikan keli dengan air bersih.
  2. Bilas sekali lagi, kemudian rendam dengan air kapur makan (1 sudu) dan sedikit limau nipis. Cuci dan bilas.
  3. Rendam pula dengan tepung gandum dan limau. Cuci dan bilas lagi hingga bersih.
  4. Akhir sekali, kelar ikan keli seperti dalam gambar dan rendam sekejap dengan air perahan limau nipis. Jangan rendam terlalu lama supaya isi ikan tak rosak.

Bila lendir dah hilang sepenuhnya, ikan keli boleh diperap dengan garam kunyit dan terus digoreng. Hasilnya ikan lebih bersih, tak hanyir, tak meletup, dan lebih sedap dimakan!

Sumber: Yatie Halim

Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago