Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar menyediakan minyak cili sendiri di rumah atau menjualnya secara homemade.
Selain memastikan rasanya sedap, cara penyediaan dan penyimpanan juga penting supaya chili oil tidak mudah rosak. Lebih-lebih lagi jika dibuat dalam kuantiti banyak untuk dijadikan stok atau dijual kepada pelanggan.
Menerusi satu perkongsian, seorang peniaga chili oil homemade berkongsi cara yang diamalkan untuk menyediakan botol sebelum mengisi minyak cili. Malah, dia turut menceritakan proses yang digunakan bagi memastikan produknya boleh disimpan pada suhu bilik.
Baca juga: Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!
Menurut perkongsian tersebut, antara perkara yang diberi perhatian ialah kebersihan botol sebelum chili oil dimasukkan ke dalam bekas.
Berikut merupakan langkah yang dikongsikan:
Selain memastikan botol bersih dan kering, peniaga tersebut turut berkongsi kaedah pemprosesan yang diamalkan selepas chili oil dimasukkan ke dalam botol. Menurutnya, proses retort biasanya menggunakan mesin khas. Namun, memandangkan dia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah dan tidak mempunyai mesin tersebut, dia menggunakan kaedah mengukus selama 30 minit.
Selepas selesai dikukus, botol dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Kemudian, bahagian penutup dibalut menggunakan plastik shrinkable yang dikemaskan dengan bantuan alat hot air gun atau hotgun blower.
Kedua-dua peralatan tersebut juga boleh didapati menerusi platform jualan dalam talian. Walaupun perkongsian itu menyatakan chili oil yang dihasilkannya boleh bertahan lebih enam bulan pada suhu bilik, tempoh tersebut tidak boleh dijadikan jaminan keselamatan untuk semua resipi chili oil.
Sumber: Ena Enayra
Baca juga: Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…
Resepi puding susu ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian minum petang kerana rasanya yang manis…