Dapur Tempur minggu ketiga bakal menemukan kembali pasukan di episod pertama antara 9 siblings, Selerak Selegho, Sudap Sudip dan Pendekar Malaya.
Empat pasangan ini akan berentap dalam dua cabaran iaitu hidangan negeri berasaskan daging dan hidangan berasaskan ubi.
Artikel berkaitan: ‘Not My Level’- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah ‘Naik Angin’ Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?
Artikel berkaitan: Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas ‘Kotor’ Dekat Juri?
Pada salah satu cabaran, peserta diminta untuk menukar bahan masakan yang diambil dengan peserta meja sebelah.
Alamak, dalam fikiran nak masak menu lain, tiba-tiba dapat ‘bahan masakan’ lain. Berjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dalam menghasilkan hidangan negeri berasaskan daging?
Katanya juga salah satu pasangan mendapat bakul peserta lain yang tidak mempunyai bahan utama iaitu daging. Haa sudah, macam mana mereka nak masak tu?
Untuk episod ketiga Dapur Tempur, selebriti popular Afifah dijemput sebagai juri jemputan disamping juri tetap bagi menilai masakan peserta.
Dapatkah para peserta menyiapkan tugasan yang diberi? Pasangan manakah yang bakal tersingkir? Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9.
Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.
Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.
Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.
#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…