dapur tempur minggu ketiga

Dapur Tempur minggu ketiga bakal menemukan kembali pasukan di episod pertama antara 9 siblings, Selerak Selegho, Sudap Sudip dan Pendekar Malaya.

Empat pasangan ini akan berentap dalam dua cabaran iaitu hidangan negeri berasaskan daging dan hidangan berasaskan ubi.

Artikel berkaitan: ‘Not My Level’- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah ‘Naik Angin’ Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?

Artikel berkaitan: Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas ‘Kotor’ Dekat Juri?

Peserta terkejut dengan cabaran minggu ini

Pada salah satu cabaran, peserta diminta untuk menukar bahan masakan yang diambil dengan peserta meja sebelah.

Alamak, dalam fikiran nak masak menu lain, tiba-tiba dapat ‘bahan masakan’ lain. Berjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dalam menghasilkan hidangan negeri berasaskan daging?

Katanya juga salah satu pasangan mendapat bakul peserta lain yang tidak mempunyai bahan utama iaitu daging. Haa sudah, macam mana mereka nak masak tu?

Untuk episod ketiga Dapur Tempur, selebriti popular Afifah dijemput sebagai juri jemputan disamping juri tetap bagi menilai masakan peserta.

Dapatkah para peserta menyiapkan tugasan yang diberi? Pasangan manakah yang bakal tersingkir? Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9.

Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN