Episod kedua Dapur Tempur minggu ini menampilkan empat pasangan lain yang akan berentap dalam dua cabaran iaitu tema kelapa dan resipi turun temurun.
Empat pasangan keluarga yang akan bertempur minggu ini ialah;
1. Seketul Rasa – Pasangan kakak adik (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32)
2. AA – Pasangan biras (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45)
3. Masam Manis – Pasangan suami isteri (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).
4. Zest – Pasangan abang adik (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36)
Untuk ke peringkat seterusnya, kesemua pasangan ini harus menyajikan makanan secara kreatif dan sedap namun dengar cerita ada sesuatu yang terjadi?
Untuk episod kedua Dapur Tempur, selebriti popular Ayda Jebat diberi tugas sebagai juri jemputan bagi menilai masakan pasangan bertanding. Namun pada sesi penilaian, salah satu pasangan dikatakan telah menghidang bekas yang didakwa kurang bersih kepada para juri. Betul ke kurang bersih? Ke comot sebab terkena masakan?
Artikel berkaitan: ‘Not My Level’- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah ‘Naik Angin’ Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?
Memang silap besarlah! Sheila Rusly selaku juri tetap telah membangkitkan isu kebersihan dan katanya ‘geli’ hendak makan namun kerana tanggungjawab, terpaksa juga telan sesudu?
Aik? Saspen betul ni. Agak-agak pasangan yang mana hidangkan bekas ‘kotor’ dekat para juri? Dekat cabaran yang mana? Jangan lupa untuk tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.
Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.
Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.
#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…