Categories: Tips & Petua

Jangan Ambil Mudah, Pesakit Tiroid ‘Wajib’ Elak 4 Jenis Makanan Ini Supaya Tak Melarat

Tiroid merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini adalah masalah di mana berlakunya ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh badan manusia.

Tanda-tanda umum bagi mereka yang ada tiroid ini adalah mengalami benjolan ketiak, bengkak di leher dan tanda yang paling kerap dialami oleh pesakit ini adalah gugup (ketar-ketar jika gementar).

Untuk mengelakkan penyakit tiroid ini semakin melarat, ada empat jenis makanan yang perlu dielak dan tidak sepatutnya diambil oleh mereka.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian laman kesihatan Hello Doktor di bawah.

Pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid

Ada beberapa jenis makanan untuk pesakit tiroid yang perlu dielakkan.

Walaupun makanan ini berada dalam kategori sihat dan selamat, ada beberapa bahan yang terkandung di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah tiroid pesakit menjadi semakin teruk.

Tetapi, pesakit tiroid masih boleh makan makanan di bawah, namun ia perlulah diambil secara bersederhana.

1. Makanan yang mengandungi soya

Soya merupakan makanan utama yang sudah lama menjadi ‘musuh ketat’ pesakit tiroid.

Di dalam soya termasuklah makanan seperti tempe, edamame, tofu dan miso, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai isoflavones.

Pakar berpendapat isoflavones boleh meningkatkan risiko hipertiroidisme. Walau bagaimanapun, satu kajian yang dimuatkan di dalam Scientific Reports pada tahun 2009 menyatakan sebaliknya.

Malah, mereka tidak menemui sebarang kaitan antara soya dan juga tahap hormon dalam badan. Namun, ada kajian lain yang menunjukkan soya mungkin dapat mengurangkan keberkesanan ubat tiroid.

Oleh sebab itu, pesakit yang menghidap hipertiroidisme perlulah merujuk doktor masing-masing sebelum mengambil makanan yang mengandungi soya.

2. Sayuran seperti brokoli dan kubis

Tidak dinafikan, brokoli dan kubis amat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai nutrisi. Bukan itu sahaja, sayuran ini juga kaya dengan serat. Malah, pengambilannya amat digalakkan oleh pakar.

Namun, berbeza pula dengan pesakit tiroid. Sayuran ini mungkin akan mengganggu penghasilan hormon tiroid lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai kekurangan iodin.

Tetapi, menurut Mayo Clinic, impak ini mungkin tidak seberapa jika anda kurang makan sayur. Malah, untuk mempengaruhi penyerapan iodin badan, seseorang itu perlu makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak.

Jika anda didiagnosis dengan hipotiroidisme dan kekurangan iodin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuatkan sayuran ini kurang berbahaya.

Sebagai contoh, anda boleh memasak sayur-sayuran ini terlebih dahulu dan mengehadkan pengambilannya sebanyak 5 auns sehari supaya ia tidak akan menjejaskan fungsi tiroid.

3. Pesakit tiroid perlu elakkan gluten dalam roti

Individu yang menghidap hipotirodisme mungkin perlu mengurangkan pengambilan gluten, sejenis protein yang dijumpai dalam makanan diproses seperti gandum, barli dan bijirin lain.

Selain itu, jika anda mempunyai penyakit seliak, gluten juga didapati dapat membuatkan usus kecil mengalami keradangan. Kondisi ini akan mengehadkan keberkesanan ubat tiroid.

Walau bagaimanapun, belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong diet bebas gluten dapat merawat masalah tiroid.

Namun, dapatan kajian pada tahun 2019 dalam jurnal Experimental and Clinical Endocrinology & Diabetes pula menunjukkan sebaliknya.

Malah, mengurangkan pengambilan gluten mungkin bermanfaat untuk wanita yang mempunyai penyakit tiroid.

4. Makanan berlemak dan bergula

Makanan berlemak sudah lama terbukti dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. Dalam masa yang sama, kelenjar tiroid juga akan dihalang daripada menghasilkan sebarang hormon.

Oleh sebab itu, lemak adalah antara pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elakkan, terutamanya mentega, marjerin, dan lemak pada daging haiwan.

Selain itu, pakar juga menggalakkan agar pesakit tiroid mengurangkan gula dalam makanan.

Bukan sahaja ia mengandungi banyak kalori dengan 0 nutrisi, makanan bergula juga boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.

Jadi, hindari pengambilan makanan berlemak dan bergula untuk elak simptom penyakit tiroid menjadi lebih teruk!

Sumber: Hello Doktor
Wan N

Recent Posts

Resipi Mi Rebus Kuah Pekat, Tabur Keropok Lagi Nikmat Makan Ada Bunyi ‘Kriuk-Kriuk’!

Kalau mencari resipi mee rebus yang kuahnya pekat, berempah dan cukup rasa, boleh cuba versi…

11 hours ago

Resipi Tomyam Campur Kuah Pekat Berkrim, Masam Pedas Memang Tak Cukup Semangkuk!

Cara buat tomyam campur ini sesuai untuk hidangan yang terasa lebih istimewa dengan kuah yang…

11 hours ago

10 Khasiat Daun Sirih, Daun Biasa Ini Rupanya Ada Banyak Kegunaan Dalam Petua Tradisional

Khasiat daun sirih sudah lama menjadi sebahagian daripada petua tradisional masyarakat kita. Daun yang mudah…

11 hours ago

Resipi Blueberry Crumble Burnt Cheesecake, Gabungan Kek Lembut & Topping Rangup Memang Ngam!

Kalau suka kek yang berkrim tetapi mahu kelainan daripada burnt cheesecake biasa, boleh cuba resepi…

11 hours ago

Panna Cotta Homemade, Tak Sangka Mudah Sangat Nak Buat Sampai Anak Asyik Minta Lagi

Kalau selama ini ingat panna cotta susah nak dibuat sendiri, rupanya pencuci mulut ini cukup…

12 hours ago

Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!

Kalau mencari menu sambal cili yang mudah untuk dimasak, boleh cuba sambal cili padi ikan…

12 hours ago