perencah ikan bakar

Kadangkala teringin makan ikan bakar seperti di restoran makanan laut. Tak perlu keluar, anda boleh buat sendiri perencah ikan bakar yang mudah dan sedap di rumah.

Perencah ikan bakar atau dipanggil juga sebagai pes sering menjadi pilihan ramai untuk digunakan dalam memasak kerana mudah dan cepat siap.

Kami baru saja dapat tahu adanya resipi perencah ikan bakar yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Ikan Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat Siap!

RESIPI PERENCAH IKAN BAKAR

perencah ikan bakar

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas dan belacan sehingga hancur.

2. Panaskan minyak (minyak kene lebih) dan masukkan bahan kisar tadi, kemudian tumis sehingga naik bau.

3. Selepas itu, masukkan cili boh atau cili kering kisar dan tumis sehingga garing serta naik bau.

3. Kemudian, masukkan nisan atau gula melaka, biarkan cair dan pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, gula dan perasa sesuai dengan rasa yang dimahukan.

perencah ikan bakar

5. Kacau sekata dan kecilkan api, kemudian masak selama 1 hingga 2 jam (sesekali kena kacau pes, takut hangit di bahagian bawah).

6. Setelah betul-betul masak, bolehlah simpan dalam bekas. Siap untuk digunakan!

Jika nak buat banyak, anda hanya perlu gandakan bahan-bahan yang diperlukan. Selain itu, boleh letak daun kesum dan bunga kantan juga jika suka.

Rahsia kesedapan ikan bakar terletak pada pes yang dibuat dan ia perlu mempunyai kombinasi rasa pedas, masam, masin dan manis yang secukupnya.

Kami jamin jika anda gunakan perencah ikan bakar ini, pasti makan sampai tak berhenti nanti. Silap-silap, sampai bertambah nasi dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Resepi Ikan Percik, Cara Bakar Ini Buat Isi Kekal Lembut Dan Berjus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN