Setiap orang nasibnya tak sama. Tak semua manusia yang dilahirkan dengan kehidupan yang mewah. Zaman sekarang, masih ada lagi pelajar yang berlapar kerana tak cukup duit membeli makanan.
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang peniaga nasi lemak yang baik hati berkongsi rezekinya dengan menawarkan makanan percuma kepada semua pelajar.
Ini kerana, dia juga pernah melalui pengalaman semasa menjadi seorang pelajar.
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, seorang peniaga nasi lemak yang dipercayai wanita tersebut sanggup bantu pelajar susah.
Baik betul akak ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. pic.twitter.com/IJu0eY7PCu
— لوك (@Hfnz9) May 30, 2022
Peniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat tampal nota dan tujukan kepada pelajar sekitar.
Nota tersebut tertulis:
“Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar, Jangan malu”
Rata-rata warganet terharu dengan sikap peniaga tersebut yang sudi berkongsi rezeki.
Ri ruangan komen ciapan, ramai yang mendoakan semoga peniaga tersebut dimurahkan rezeki yang tekah membantu pelajar yang susah.
p/s: Semoga kisah ini juga boleh memberi pengajaran kepada kita semua yang indahnya apabila berkongsi rezeki. Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.
Kredit: Twitter @Hfnz9