Categories: Infomasi

Peniaga ‘Ketuk’ Pelanggan, Dakwa Kena Beli Barang RM20 Baru Dapat Beli Minyak Masak

Seperti yang kita sedia maklum, pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol kini amat memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya peniaga.

Menerusi tinjauan Sinar Harian pada beberapa hari lepas menjelaskan bahawa terdapat pasaraya yang didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga yang sebelum ini.

Malah, ada juga peniaga yang cuba ambil kesempatan dengan mengenakan syarat kepada pembeli, perkara itu didedahkan menerusi rakaman oleh seorang pelanggan yang kini sedang tular di media sosial.

Beli barang RM 20, baru boleh beli minyak masak

Menerusi akaun Twitter Isu Semasa Viral, video berdurasi seminit 20 saat itu menunjukkan seorang perakam yang dikatakan pelanggan di sebuah pasaraya merungut kerana ditetapkan syarat untuk membeli minyak masak paket.

Baca juga: ‘Sentiasa Ada & Jarang Habis Stok’ – Minyak Masak Subsidi Malaysia Banyak Dijual Di Thailand

Dalam rakaman itu, perakam menunjukkan peniaga yang seperti cuba ingin lari dan berdalih ketika disoal mengenai penetapan syaratnya. Ia adalah pelanggan harus membeli barang sebanyak RM 20 keatas jika ingin membeli minyak masak.

Bagaimanapun, dapat dilihat peniaga seolah-olah abaikan soalan pelanggan itu dan sibuk melakukan kerjanya. Oleh yang demikian, pelanggan tersebut berkeras ingin membeli minyak masak tersebut dan meletakkan 2 paket minyak masak di atas kaunter sebelum rakaman berakhir.

“Dari mana datang undang-undang ni? Saya nak minyak, saya tak kira, ni RM 20 baru boleh beli minyak masak? Mana boleh macam tu! Sekarang saya mahu minyak, saya tak kira, saya orang Malaysia.”

Tangkapan layar tweet Isu Semasa Viral.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen, ada yang meminta agar perkara ini dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ada juga menyifatkan bahawa syarat lebih kurang sama diamalkan oleh peniaga-peniaga lain.

Hurm, janganlah gunakan kesempatan ini untuk kaut untung, kalau nak catu untuk pelanggan lain ini bukan caranya, apapun diharap dapat lah dengar respon daripada pihak peniaga untuk ketahui perkara sebenar.


Sumber: Sinar Harian, Isu Semasa Viral
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago