Categories: Tips & Petua

Selain Tepung Jagung, Ini Senarai Bahan Lain Yang Boleh Pekatkan Kuah

Tepung jagung sering digunakan sebagai bahan utama untuk memekatkan kuah. Namun, pernahkah anda mengalami situasi di mana anda ingin menggunakan tepung jagung tetapi sudah kehabisan?

Jangan risau, sebenarnya anda boleh sahaja menggantikannya dengan tepung lain yang ada di dapur. Berikut adalah beberapa jenis bahan lain yang boleh digunakan sebagai pengganti tepung jagung.

Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga

PENGGANTI TEPUNG JAGUNG UNTUK PEKATKAN KUAH

1) Tepung Ubi

Tepung ubi kayu ini mempunyai rasa dan warna yang hampir sama dengan cornstarch, jadi ia boleh digantikan tanpa mengubah rasa hidangan. Untuk menggunakannya, larutkan tepung ubi dalam air mendidih, kerana ia tidak akan larut dalam air sejuk.

Pastikan nisbah air dan tepung betul, jika terlalu sedikit air, bancuhan akan jadi pekat dan kenyal. Tepung ubi kurang sesuai untuk hidangan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, jadi ia lebih baik digunakan dalam tumisan dan sup.

2) Tepung Beras

Tepung beras adalah alternatif yang baik untuk menggantikan tepung jagung. Teksturnya lebih pekat dan padat, tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggantikan satu sudu makan cornstarch, gunakan tiga sudu makan tepung beras.

Tepung beras sesuai untuk campuran dalam sos, tumisan, atau bahan gorengan kerana ia memberikan tekstur rangup.

3) Tepung Serbaguna

Tepung gandum serbaguna adalah campuran tepung gandum rendah protein dan tinggi protein. Ia mempunyai sedikit bau tepung, jadi lebih baik digunakan dalam hidangan yang mempunyai rasa kuat supaya bau tepung tidak terlalu ketara.

Tepung ini memekatkan kuah masakan hampir sama seperti cornstarch. Untuk menggantikan satu sudu makan tepung jagung, gunakan dua sudu makan tepung serbaguna.

4) Tepung Sagu

Tepung sagu diperbuat daripada pati batang pokok sagu. Ia mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, menjadikannya bagus untuk memekatkan masakan. Jika diguna dalam kuih-muih seperti biskut, tepung ini memberikan tekstur yang rapuh dan ringan.

5) Tepung Kentang

Tepung kentang, yang diperbuat daripada kentang, tidak memberikan bau atau rasa kentang pada hidangan. Ia adalah pengganti yang sesuai untuk cornstarch, dengan nisbah penggunaan yang sama. Semasa mencampurkannya dalam masakan, gunakan api sederhana.

Baca juga: Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Kredit gambar: Just One Cook Book

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago