Sayur goreng adalah menu paling ringkas dibuat, tapi ramai hadapi masalah dengan hasil sayur yang nampak layu setelah dimasak.
Sayur berdaun hijau bukan sahaja mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan, malah ia mempunyai nilai kalori dan lemak yang rendah.
Baca juga: 9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak
Selain kaya dengan asid folik dan zat besi, sayur berdaun hijau juga merupakan sumber serat yang baik dan ramai yang suka gunakannya untuk memasak sayur goreng.
Masalah yang sering terjadi apabila memasak sayur goreng adalah hasilnya yang bukan saja warna hijaunya hilang, malah layu sampai hilang selera dibuatnya.
Perkongsian daripada seorang wanita yang lebih mesra dipanggil Syeera telah kongsikan petua daripada arwah neneknya tentang sayur yang kekal hijau, cantik dan tak layu setelah digoreng.
1. Tumis dulu semua bahan macam biasa. Kemudian, bila nak masukkan sayur hijau, kuatkan api. Masukkan sayur bawah api dapur yang kuat.
2. Kemudian, jangan kacau sayur. Biar dia masak sendiri bawah api dapur yang kuat.
3. Apabila sudah nampak masak, jangan tutup api dapur lagi. Cepat-cepat angkat sayur dan masukkan dalam pinggan. Kemudian baru tutup api dapur.
*Tips: angkat sayur, baru tutup api dapur.
Menggoreng sayur boleh mengeluarkan rasa manis semulajadi dan meningkatkan rasa keseluruhannya, menjadikannya lebih puas untuk dimakan.
Sesetengah orang mendapati sayur goreng lebih menarik daripada sayur kukus atau rebus kerana tekstur hidangannya yang cukup rangup.
Selain itu, menggoreng boleh membantu mengekalkan beberapa nutrien dalam sayur, lebih-lebih lagi sayur berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan kailan.
Anda boleh gunakan petua ini semasa memasak sayur goreng supaya hidangan nampak lebih cantik dan sempurna.
Jangan lupa untuk kongsikan petua ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang suka memasak di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: the.palm.home
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir, Serius Menjadi!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…