pelayan restoran

Bekerja sebagai pelayan restoran bukanlah mudah dengan hanya sekadar mengambil order saja.

Pekerjaan itu juga memerlukan tenaga dan kecekapan yang tinggi supaya makanan yang dipesan sampai dengan cepat pada pelanggan.

Namun, tular pula sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang pelayan restoran berlari semasa menghantar makanan ke meja pelanggan telah mencuri tumpuan warganet.

Baca juga: 3 Jam Nak Hasilkan 387 Biji Pau Jalur Gemilang Gergasi!

Lihat video penuh itu di bawah:

Berlari ke hulu ke hilir sebab nak hantar makanan cepat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurilanwarsaidin, kelihatan pelayan restoran itu berlari dengan pantas menghantar makanan ke meja pelanggan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat begitu cekap menjalankan kerjanya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Lebih mengagumkan lagi, dia dilihat tidak terjatuh langsung semasa berlari ke sana ke sini. Situasi itu jelas menunjukkan bahawa dia sudah profesional.

“Sebab dia la kedai ni viral. Kamu memang penghibur dan pembawa rezeki kedai. Servis sini memang laju” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2.4M tontonan, 165K tanda suka serta 1.8K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dan memuji ketangkasan pelayan restoran itu melaksanakan tugasnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN