Seorang pekerja Subway di Amerika Syarikat telah ditembak mati oleh seorang pelanggan gara-gara mayonis dalam sandwich terlebih dari kuantiti asal.
Menerusi laporan Daily Star, insiden tragis itu berlaku di salah satu cawangan restoran sandwich terkemuka yang terletak di Atlanta, Georgia pada Ahad lalu.
Pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian susulan menerima laporan mendapati, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun telah mati di tempat kejadian dengan kesan tembakan manakala seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap
Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun itu telah ditahan berhubung insiden terbabit.
Menurut polis, tiada satu antara mereka yang terlibat dapat dikenal pasti oleh pihak polis.
Willie Glenn, pemilik cawangan restoran, memaklumkan kepada media bahawa mayonis yang diletakkan pada sandwichnya itu memang terlalu banyak.
“Percaya atau tidak, mayonis yang diletakkan itu memang agak banyak.
“Dia memutuskan untuk memburukkan lagi keadaan dan ketika itulah segalanya terjadi,” ujar Glenn.
Glenn turut menambah bahawa anak lelaki kepada pekerja yang cedera tersebut turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
Pengurus yang bertugas pada ketika itu juga dilaporkan telah membalas tembakan namun tidak mengenai sasaran.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku di dunia ini terutamanya dengan remaja kita. Mereka sangat baran,” sambungnya.
“Semua orang mahu membawa pistol. Semua orang mahu menakutkan seseorang dengan pistol. Ia amat menakutkan.”
Ketua Polis Interim Darin Schierbaum mengesahkan bahawa motif insiden itu adalah disebabkan berlakunya pertengkaran.
“Pertengkaran telah membawa kepada salah seorang mengangkat senjata dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan berlakunya kematian dan kecederaan.”
“Kita mampu menumpaskan operasi dadah yang menjerumus ke arah jenayah kekerasan, kita mampu tumpaskan organisasi geng yang membiakkan jenayah kekerasan.
“Kita juga berjaya hentikan rompakan yang menggunakan kekerasan, tapi kita tidak berjaya menghalang seseorang yang marah kerana dapat terlalu banyak mayonis dalam sandwic mereka,” ujarnya.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…