botol air tumbler

Sekarang memang ramai yang suka bawa botol air tumbler sendiri bila beli kopi atau minuman, terutama apabila banyak kedai kopi menggalakkan pelanggan menggunakan bekas sendiri bagi mengurangkan penggunaan bekas pakai buang. Namun, kebersihan tumbler tetap perlu diberi perhatian sebelum diberi kepada pekerja kedai.

Baru-baru ini, seorang barista dikenali sebagai Arman berkongsi satu pengalaman menerusi Threads yang mengundang perhatian ramai. Dia menceritakan tentang seorang pelanggan lelaki yang datang ke kafe tempatnya bekerja dengan membawa tumbler dalam keadaan kotor dan berbau.

Apa yang membuatkan keadaan itu lebih mengecewakan, pekerja di kafe berkenaan dikatakan sudah beberapa kali menegur pelanggan tersebut mengenai keadaan tumblernya.

Baca juga: Viral Peniaga Warga Asing Jual Aiskrim Letak Dalam ‘Tong Cat’, Siap Pakej Kena Scam Harga Lagi!

Pelanggan Bagi Botol Air Tumbler Yang Belum Dicuci

botol air tumbler

Menurut perkongsian Arman, pelanggan tersebut meninggalkan tumbler yang kotor dan berbau itu di kafe sebelum memberitahu bahawa dia akan datang semula untuk mengambilnya.

Situasi berkenaan tentunya membuatkan barista dan pekerja lain berasa kurang selesa. Lebih-lebih lagi, mencuci tumbler pelanggan bukan sebahagian daripada tugas barista di kedai kopi.

Walaupun mencuci botol minuman nampak seperti perkara yang mudah, pelanggan sepatutnya memastikan tumbler yang dibawa sudah bersih sebelum menyerahkannya kepada pekerja untuk diisi minuman yang dibeli.

Dah Tegur Banyak Kali, Tapi Masih Berulang

Apa yang menjadi perhatian dalam perkongsian tersebut ialah masalah sama dikatakan sudah berlaku sebelum ini. Arman turut menyatakan bahawa pelanggan berkenaan pernah ditegur, namun masih membawa tumbler dalam keadaan yang sama.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap pelanggan tersebut. Ramai menganggap kebersihan bekas minuman sendiri sepatutnya menjadi tanggungjawab pelanggan, bukannya diletakkan kepada pekerja kafe.

Jadi, kalau anda memang biasa membawa tumbler sendiri ketika membeli minuman, jangan lupa pastikan ia sudah dicuci bersih terlebih dahulu. Mudah untuk kita, malah pekerja di kedai pun lebih selesa.

Sumber: Thread

Baca juga: “Green Flag” Sejak Kecil! Baru 10 Tahun Dah Pandai Masak Ketam Cili Api, Si Cilik Ini Dipuji Netizen

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending