
Pelajar UPM sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya menghasilkan roti berasaskan biji durian menerusi projek tahun akhir (FYP). Inovasi yang dinamakan Doughrian ini membuktikan bahawa bahan yang sering dianggap sebagai sisa sebenarnya mampu diubah menjadi makanan yang lebih berkhasiat.
Lebih menarik, roti tersebut menawarkan kandungan protein dan serat yang lebih tinggi, selain mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Ia bukan sahaja memberi nilai tambah kepada biji durian, malah menyokong usaha mengurangkan pembaziran sisa agro makanan.
PELAJAR UPM UBAH BIJI DURIAN JADI ROTI YANG LEBIH BERKHASIAT

Projek ini dibangunkan oleh sekumpulan pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Menerusi penggunaan tepung yang dihasilkan daripada biji durian, mereka berjaya menghasilkan Doughrian, iaitu roti yang bukan sahaja unik, malah menawarkan nilai pemakanan yang lebih baik.
Selain tinggi protein dan serat, roti ini juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah, sekali gus berpotensi menjadi pilihan lebih sihat untuk pengguna. Pada masa sama, penggunaan biji durian sebagai bahan utama turut menyokong konsep ekonomi kitaran dengan memanfaatkan sisa makanan yang sering dibuang.
IDEA TERCETUS KETIKA MUSIM DURIAN

Menurut kumpulan penyelidik tersebut, idea menghasilkan Doughrian tercetus apabila melihat lambakan durian di pasaran ketika musim durian sehingga menyebabkan harganya menurun. Situasi itu membuka peluang untuk menghasilkan produk baharu daripada biji durian yang sebelum ini kurang dimanfaatkan.
Daripada terus menjadi sisa, biji durian kini diberi nafas baharu sebagai bahan mentah yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi dikembangkan dalam industri makanan.
BERPOTENSI KURANGKAN PEMBAZIRAN DAN TAMBAH PENDAPATAN INDUSTRI
Kumpulan pelajar itu berharap inovasi ini dapat membantu mengurangkan pembaziran sisa agro makanan di samping membuka peluang pendapatan tambahan kepada industri melalui penggunaan semula biji durian.
Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, penyelidikan dan inovasi mampu mengubah bahan yang dianggap tidak bernilai menjadi produk makanan yang lebih sihat, mesra alam dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan pada masa hadapan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Universiti Putra Malaysia
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














