Categories: Resipi

Pecal Sayur Jawa, Mudah Saja Nak Buat Kuahnya, Ikut Resipi Di Sini

Sebut je pasal Pecal Sayur Jawa ini, mesti terliur dibuatnya. Hidangan ini antara makanan tradisi jawa yang digemari rakyat Malaysia. Kaya dengan sayuran dan wajib ada tempe dan tauhu.

Cara pun mudah sahaja sebab perlu rebus dahulu semua sayur dan kemudian dihidangkan dengan kuah pecal. Kuah inilah bahan utama yang menyedapkan hidangan ini. 

Baca juga: Resipi Punten, Makanan Tradisi Orang Jawa Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup 

Nak makan dengan nasi atau ratah gitu macam salad pun boleh. Memang layan habis lagi-lagi kalau kuahnya pekat dan cukup rasa berlemak kacang tu.

Bahan utama kuah pecal ini ialah kacang tanah. Jadi teksturnya sama dengan kuah kacang. Cuma kuah pekat atau tak terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Resipi Pecal Sayur Jawa ini telah dikongsikan sendiri oleh Fauziah Yahya di laman Facebook. Contoh gambar sayurannya juga ringkas dan mudah untuk didapati. Jom kita lihat cara buatnya di bawah


RESIPI PECAL SAYUR JAWA

Sayur-sayur yang digunakan ikut suka boleh lihat dalam gambar. Sayur-sayur pilihan perlu direbus dulu. Wajib ada tempe dan tauhu sebab orang jawa kan~

Bahan-bahan kuah pecal:

  • 2 cawan kuah kacang – goreng dan dikisar kasar
  • 21 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 3 cawan air panas
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, goreng dahulu cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan  hingga garing. Angkat dan toskan.

2. Kemudian, kisar bahan-bahan ini bersama dengan asam jawa yang dibancuh dengan air.

3. Satukan ke semua bahan dan gaul sehingga rasa ia pekat.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Dah siap, sedia untuk dihidang.


Bahan-bahan sayur:

  • Tauhu
  • Tempe
  • Kangkung
  • Timun
  • Kubis
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk paku
  • Tauge
  • Kacang Panjang

Cara-caranya: Rebus kesemua sayur ini hingga layu sedikit dan hiaskan di atas pinggan.


Cara makannya ada yang buat cicah sikit-sikit. Ada juga yang gaulkan dan makan sayuran melimpah dengan nasi. Yang penting, apa cara hidangan pun mesti sedap dan menyelerakan. Tengok kuahlah. Kuah tu yang membangkitkan selera.

Lepas ni kalau pening nak masak sayur apa, boleh cuba pecal sayur jawa ni. Cuma kena rajin sikitlah mencari sayur-sayurannya. Tak kan nak makan 2-3 jenis sayur je kan. Banyak sikit baru puas.

Jangan lupa mencubanya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Tornado Omelette, Hanya Perlu 3 Bahan Untuk Dapatkan Bentuk Telur Berpusar!

Tornado omelette merupakan hidangan telur yang terkenal dengan bentuknya yang berpusar seperti puting beliung. Hidangan…

13 mins ago

Resipi Kimbap Tuna Yang Mudah Untuk Sarapan Pagi, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap!

Resepi kimbap tuna ini sesuai untuk mereka yang mahukan sarapan ringkas tanpa perlu menghabiskan banyak…

1 hour ago

Anak Jati Pulau Pinang Buka Kedai Nasi Kandar PERTAMA Di Madinah, Memang ‘Sempoi’!

Kedai nasi kandar pertama kini dibuka di Madinah, Arab Saudi. Perkembangan ini pastinya menarik perhatian…

3 days ago

Qaisyah Khairunnisa Usia 9 Tahun Bergelar Juara Pentas Little Star SirapLimau, Raih 200,889 Undi!

Baru berusia 9 tahun, Qaisyah Khairunnisa Bt Syahlil dari Sabah berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila…

3 days ago

Nasi Goreng Daging Shabu-Shabu, Nampak Ala Restoran Mewah Tapi Mudah Saja Nak Buat!

Resepi nasi goreng daging ini boleh menjadi pilihan menarik untuk makan malam, terutama apabila tiba…

3 days ago

Resipi Teh Tarik Kaw Guna Uncang Teh, Pekat Berlemak Macam Dekat Kedai Mamak!

Resipi teh tarik kaw ini sesuai untuk peminat air teh yang suka rasa pekat, berlemak…

3 days ago