pau kampung

Dalam banyak-banyak jenis pau, semestinya Pau Kampung menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang gebu dan lembut sampaikan ada yang tercari-cari cara untuk membuatnya.

Jika anda pernah buat Pau Kampung tapi sering kecut, anda boleh gunakan tips yang dikongsikan oleh Hidayah Kamis di Facebook ini supaya hasil permukaannya licin. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pau Gebu Anti Kedut, Kukus Sepantas 5 Minit Dapat Hasil Sempurna!

RESIPI PAU KAMPUNG

pau kampung

Bahan-bahan:

  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu susu pekat
  • 1½ sudu yis
  • ½ cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum (saya pakai cap ros)
  • 1 sudu KFC softener atau pelembut (boleh beli di kedai bakeri)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bancuhkan gula, susu pekat dan yis dalam air suam, kemudian tutup dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.

2. Guna mangkuk lain, sediakan tepung dan softener. Selepas 5 hingga 10minit, tuangkan bancuhan yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tepung.

3. Selepas itu, uli sehingga menjadi doh (jika kurang boleh tambah air). Doh memang akan lembut dan pastikan jangan sampai terlebih tambah tepung, tambah sedikit demi sedikit saja.

4. Apabila doh sudah menjadi, terus timbang ikut berat masing-masing (saya timbang doh 28gram).

5. Setelah siap timbang semua doh, boleh isikan inti (terpulang nak guna inti apa).

6. Selepas isikan semua doh dengan inti kesukaan, rehatkan pau selama 20 hingga 25 minit sebelum kukus.

7. Kemudian, bolehlah kukus pau selama 8 minit. Jangan lupa untuk pastikan air kukusan dididihkan terlebih dahulu dan menggunakan api perlahan. Siap untuk dinikmati!

Jika anda suka permukaan Pau Kampung yang licin, tipsnya adalah dengan menutup penutup kukus menggunakan kain supaya air wap tak jatuh ke atas permukaan pau.

Pau Kampung sememangnya sedap dimakan dan sesuai dibuat sebagai minum petang. Ditambah pula dengan aneka inti yang sedap belaka, memang tak toleh kiri kanan dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayah Kamis

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN