Jika melancong ke Thailand, tak sah kalau tak cuba makan makanan jalanan mereka seperti pancake pisang atau banana pancake. Sangatlah sedap lebih lagi jika dinikmati ketika masih panas.
Tapi kalau nak pergi ke sana semata-mata untuk makan pancake pisang ni macam tidak berbaloi. Jadi jom kita cuba buat sendiri di rumah.
Mungkin rasanya tidak sebiji sama macam di Thailand, tapi sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan anda terhadap makanan Thailand ini.
Ikuti resipi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama AimanĀ ini di twitter. Selamat mencuba!
1. Nyahbeku paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).
2. Potong pisang dan susun di atas paratha.
3. Lipat bahagian tepi paratha ke dalam.
4. Cairkan mentega masin di dalam kuali.
5. Goreng kedua bahagian sehingga garing.
6. Taburkan sedikit gula. Kemudian balikkan dia. Biar selama 2 hingga 3 minit supaya masak sekata dan garing.
7. Bila dah masak, sapu hazelnut spread. Kalau tak suka chocolate, ganti susu pekat manis. Potong, makan suam-suam sedap!
Kredit: Twitter @aimartian
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…