Musim durian masih hangat sekarang dan salah satu makanan viral yang dibuat dengan durian ialah Pancake Durian.
Pancake Durian sama seperti durian crepe yang selalu dihebohkan ramai, iaitu sejenis makanan ringan berupa puree atau isi buah durian yang disalut dengan kulit (lempeng) tepung.
Durian merupakan buah tropika yang terkenal dengan aroma yang kuat dan rasa yang tersendiri. Oleh sebab itu, ia membawa rasa yang unik kepada Pancake Durian juga.
Jika anda belum pernah makan Pancake Durian dan teringin mencubanya, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Ida Rosnita di Facebook ini.
Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!
Bahan-bahan penyediaan kulit:
Bahan-bahan penyediaan inti:
Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan penyediaan kulit dan tapiskan.
2. Dadarkan seperti kulit ketayap.
3. Mix krim putar dan gula aising sehingga kembang.
4. Letakkan krim putar dan isi durian, kemudian lipat dengan kemas.
5. Sejukkan dalam peti sejuk buat seketika. Siap untuk dinikmati!
Biasanya Pancake Durian dihidangkan sebagai pencuci mulut yang menarik dengan rasa dan aroma khas buah durian yang sangat menyelerakan.
Gabungan isi yang gebu di dalam dengan kulit yang lembut di luar menjadikan pencuci mulut ini begitu nikmat untuk dimakan bersama keluarga tersayang di rumah.
Anda boleh simpan pencuci mulut ini dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku dan boleh makan pada bila-bila masa yang disukai.
Sementara musim durian masih ada, inilah masa terbaik untuk anda cuba lebih banyak lagi resipi menarik dengan menggunakan durian di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Rosnita
Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…