Amalan gaya pemakanan yang sihat dalam kalangan ahli keluarga merupakan antara amalan yang mampu menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Walau sesibuk dan sepadat mana pun rutin keluarga kita, pemakanan dan gaya hidup yang sihat tak patut dipandang mudah.
Tapi, kadang-kadang kekangan masa menjadi penghalang untuk ibu-ibu memasak dan menyediakan makanan buat seisi keluarga di rumah. Mana nak sediakan bahan, nak potong-potong bawang, nak masak lagi. Haa..jangan bimbang, Panasonic ada sediakan penyelesaian kepada masalah korang tu!
Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan Panasonic dengan gaya hidup yang sihat kan?
Haa..buat ibu-ibu yang suka memasak dan menyediakan juadah sihat di rumah, Panasonic sentiasa terkedepan dengan teknologi terkini dalam menyediakan perkakas dapur untuk memudahkan korang memasak makanan berkualiti, sekaligus menjimatkan masa di dapur!
Yang lebih menarik, juadah juga dapat disediakan dalam masa yang singkat di samping kekal berkhasiat dengan Food Processor MK-F510KSK dan 1.5L Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker SR-HL151KSK!
Jom kami kongsikan antara keistimewaan kedua-dua perkakas dapur Panasonic ni!
Kadang-kadang tu, bukan malas nak masak. Tapi nak sediakan bahan memasak tu yang memakan masa. Tak mengapa, serahkan saja kerja yang bosan dan remeh ni kepada Food Processor MK-F510KSK Panasonic ni!
Dilengkapi dengan 9 aksesori dan 25 fungsi, pemproses makanan ni dapat memotong, mencampur dan menghiris dalam masa yang singkat!
Ini antara 9 aksesori serbaguna untuk keperluan penyediaan makanan yang berbeza:
1. Knife Blade
Aksesori ini khusus untuk mengisar, meremuk, mencincang, meleyek, mengisar, menguli, menghancurkan serta membuat paste, sos dan pencuci mulut.
2. Shredding Blade
Kerja memarut sayur-sayuran dan buah-buahan lebih mudah dengan aksesori ini.
3. Slicing Blade
Sesuai untuk menghiris bahan-bahan masakan dengan lebih halus.
4. Kneading blade
Sesuai untuk menguli doh atau bahan lain.
5. Whipping Disk
Khusus untuk membuat whipping cream untuk pencuci mulut kegemaran.
6. Blender Jug
Sesuai untuk membuat jus, sos dan sup.
7. Citrus Strainer
Kerja- kerja menapis jus sitrus segar jadi lebih mudah dengan aksesori ini.
8. French Fry Blade
Khas untuk memotong sayur-sayuran mengikut potongan french-fry.
9. Dry Mill Container
Khusus untuk mengisar rempah, biji kopi dan bijian menjadi tekstur halus.
Food Processor MK-F510KSK Panasonic ni juga datang dengan tiga tetapan kelajuan berbeza dan sangat mudah untuk digunakan dalam 3 langkah mudah ini:
1) Letakkan mangkuk, aksesori pemotong dan penutup di tempatnya
2) Masukkan bahan-bahan masakan
3) Pilih kelajuan yang diingini (Tinggi/Rendah/Pulse) untuk mula!
Ia juga kompak, mudah dibasuh dan selamat untuk digunakan dengan ciri-ciri keselamatan seperti tudung mangkuk dan mangkuk yang dilindungi oleh kunci keselamatan. Yang paling penting, bahan plastiknya diperbuat daripada plastik bebas BPA yang selamat dengan ketelusan tinggi dan mudah dicuci dalam dishwasher.
Nasi merupakan makanan ruji buat rakyat Malaysia, namun, ia mempunyai kadar kanji dan gula yang agak tinggi.
Kalau korang nak tahu, Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker ni merupakan periuk nasi yang dilengkapi dengan teknologi dwi-lapisan pemanasan 3D, di mana haba dialirkan secara sama rata untuk mengelilingi kuali dalam untuk memasak nasi dengan teliti dari dalam ke luar, sekaligus mengurangkan kanji di dalam nasi sehingga 32%* tau!
Teknologi IH juga membolehkan periuk nasi ini untuk menukarkan kanji beras kepada bentuk yang lebih larut serta mengasingkan air kanji daripada beras untuk mengurangkan kandungan kanji serta fungsi kawalan suhu bagi memastikan nasi dimasak pada suhu yang betul. Barulah gebu, sedap dan berkhasiat nasi tu!
Menariknya, Induction Heater (IH) Rice Cooker ni bukan hanya untuk memasak nasi, sebaliknya ia juga sesuai untuk memasak, mengukus serta memanaskan semula pelbagai lagi menu sihat lain seperti kuinoa, multigrain, bubur, sup, kek dan sebagainya.
Kalau korang tengok program realiti masakan rancangan Dapur Tempur di TV9, mesti korang perasan bagaimana para peserta beraksi sesama mereka dalam menyediakan hidangan yang istimewa untuk menarik perhatian juri. Memang havoc dan mendebarkan, tetapi semuanya nampak mudah dengan perkakas dapur Panasonic.
Untuk pengetahuan korang, Panasonic merupakan penaja utama rancangan Dapur Tempur tau. Sebab tulah, proses memasak mereka jadi smooth je. Haa..korang pun mesti nak proses memasak jadi lebih mudah dan ringkas kan? Panasonic kan ada!
Jadi, apa lagi yang korang tunggu, Masih belum terlambat untuk korang amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat buat seisi keluarga. Nak lagi mudah, pastikan perkakas-perkakas Panasonic ni menjadi peneman korang di dapur.
Untuk yang berminat untuk ketahui lebih lanjut dan dapatkan produk Panasonic ini, korang boleh dapatkan Food Processor MK-F510KSK dan Panasonic Induction Heater (IH) Rice Cooker ni secara dalam talian.
*Disclaimer: Starch reduction rate is determined using low sugar function white rice (Results reported by SGS Malaysia Sdn Bhd)
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…