Setiap kali demam, selalunya pasti akan datang ‘pakej’ bersama batuk dan selsema. Biasanya bila dah mula batuk, buat sesetengah orang akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.
Seorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan satu petua dari pakar ubat China dan Taiwan iaitu jus untuk mengurangkan batuk yang berlarutan.
Dengan hanya mengguakan bahan utama iaitu buah oren. Jom lihat cara-cara membuat jus oren asli bagi merawat batuk di bawah.
CARA BUAT JUS OREN ASLI, PETUA KURANGKAN BATUK
Ni dia saya nak share petua ni dari pakar pakar ubat China dan Taiwan. Jus ni untuk menggurangkan batuk yang berlarutan ( persistence cough ) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak kanak dan dewasa.
Cara memasak:
1. Potong bahagian atas dan bawah. Seperti gambar di bawah. Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata.
2. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
3. Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tak banyak).
4. Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit ya. Kalau boleh makan isinya sekali. Buat dan minum sampai batuk berhenti. Jus ni juga boleh mengurangkan kahak pada masa yang sama.
Effective atau tidak terpulang kepada individual. Sharing is Caring.
Kredit: Jes Tham