Categories: Resipi

Pais Ikan Paling Mudah, Boleh Guna Cara Kukus Atau Bakar

Sekali-sekala tengah hari nak makan lauk yang ringkas saja apa salahnya bukan? Jadi, hari ini kami cadangkan anda buat Pais Ikan yang cukup mudah dan lazat.

Betapa ruginya jika anda belum pernah cuba makan Pais Ikan kerana selain cara penyediaan yang sangat ringkas, hidangan ini juga mampu membuka selera sesiapa saja yang melihatnya.

Bau haruman daun kunyit dan daun pisang pada Pais Ikan membuatkan penggemarnya berselera sehingga boleh menambah berulang kali.

Jika nak tahu bagaimana rasanya Pais Ikan yang dikhabarkan sedap tak terkata, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Suhadah Sanusi di Facebook.

Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya

RESIPI PAIS IKAN

Bahan-bahan:

  • 12 ekor ikan kembung saiz kecil (jika guna ikan saiz besar, boleh ubah kuantiti bahannya)
  • Daun kunyit (dimayang halus)
  • Bunga kantan (dimayang halus)
  • Daun pisang secukupnya

Bahan kisar halus (kisar dengan sedikit air saja):

  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
  • 5 biji cili padi merah (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Sedikit garam dan perasa

Cara-cara:

1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan, kemudian sebatikan.

2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi dan balut ikan menggunakan daun pisang, kemudian perap selama 1 hingga 2 jam.

3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180ºC selama 10 minit untuk setiap bahagian. Siap untuk dihidang!

Buat pengetahuan anda, Pais Ikan ini boleh juga dimasak menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus, namun ia lebih sedap jika dibakar.

Lauk ini biasanya dimakan dengan nasi putih yang masih panas. Lemak dan kemanisan rasa ikan membantu memberi rasa hebat pada bungkusan Pais Ikan tersebut.

Dengan paduan manis, pedas, masin dan lemak yang cukup rasa, ia menjadikan santapan ini begitu menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Suhadah Sanusi

Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

Aimi

Recent Posts

Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…

2 hours ago

Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Tangkap Leleh!

Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…

2 hours ago

Putu Belanda Terlajak Lembut, Wanita Ini Dapat Resipi Dari Kawan Indonesia

Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…

2 hours ago

Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…

5 hours ago

Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang

Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…

7 hours ago

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

1 day ago