Pepatah ada menyebut ‘tak kenal maka tak cinta’, begitulah istimewanya otak lembu masak lemak cili api yang menjadi buruan peminat tegar makanan eksotik.
Untuk memasak otak lembu ini memerlukan beberapa petua kerana jika tidak kena cara membuatnya, lauk boleh berbau hanyir.
Antara kaedah untuk menghilangkan bau ini ialah dengan merendam terlebih dahulu otak dan membuang selaput atau urat pada otak lembu, juga menggunakan serai serta bawang putih.
Baca juga: Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Ikut Style ‘Nogori’ Punya Resipi
Setelah dibersihkan, ia boleh dimasak. Anda boleh membuat gulai atau mengukus otak lembu ini. Tekstur otak ini seperti tauhu. Ia lembut dan mempunyai rasa lemak yang krim.
Terdapat banyak hidangan yang boleh dibuat dengan otak ini, seperti otak masak lada hitam, otak masak opor, otak goreng kunyit, otak masak kerutub, dan otak masak asam. Ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Faizah Husain ini.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, untuk bersihkan otak lembu, buang urat darah supaya otak tidak hanyir. Basuh dengan gandum dan bilas berulang kali. Ketepikan.
2. Untuk penyediaan masak lemak cili api pula, masukkan bahan kisar, serai dan santan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Setelah kuah mendidih masukkan otak dan tomato. Masak lebih kurang 15 minit. Perasakan dengan garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Faizah Husain
Baca juga: Kulit Rambai Masak Lemak Putih, Antara Masakan Kampung Yang Susah Jumpa
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…