open house raya

Setiap kali tiba musim open house raya, ramai yang pening nak kira berapa banyak makanan perlu disediakan. Takut terlebih, takut pula tak cukup. Panduan sukatan makanan ini khas untuk anda yang nak buat jamuan kecil-kecilan 30 hingga 50 orang tanpa stres.

Dengan panduan mudah ini, anda boleh rancang portion nasi, lauk, sayur, kuih dan minuman supaya tetamu kenyang, makanan cukup dan tiada pembaziran. Sesuai untuk pemula atau sesiapa yang baru pertama kali anjurkan open house raya.

Baca juga: Senarai Idea Makanan Potluck Ikut Abjad Dari A Sampai Z, Lengkap & Sedap Belaka!

SUKATAN MAKANAN UNTUK OPEN HOUSE RAYA

open house raya

1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)

  • 1 orang: ½ cawan beras (±90g)
  • 20 orang: ±2 kg beras
  • 50 orang: ±5 kg beras

Tips:

1 kg beras ≈ 3 kg nasi. Banyak menu lain → 1 kg cukup untuk 10–18 orang. Nasi sahaja? 1 kg untuk ±10 orang.

2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)

  • 1 orang: 1 ketul sederhana
  • 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)
  • 50 orang: 5 ekor ayam

Nota: Sesuaikan saiz ayam dan menu lain. Banyak menu lain → portion ayam boleh dikurangkan. Ayam utama sahaja → tambah portion ikut keperluan.

3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)

  • 1 orang: ±100g
  • 20 orang: ±2 kg
  • 50 orang: ±5 kg

Tips: Menu berkuah → 1 kg daging boleh makan 10 orang. Daging utama sahaja → 1 kg hanya cukup untuk 5 orang.

4. Mee / Bihun / Kuey Teow Goreng

  • 1 orang: ±80–100g mentah
  • 20 orang: ±2 kg
  • 50 orang: ±5 kg

Bagus untuk pelbagaikan menu supaya tetamu tidak hanya makan nasi sahaja.

5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)

  • 1 orang: ±50g
  • 20 orang: ±1–1.5 kg
  • 50 orang: ±3–4 kg

Sayur seimbangkan hidangan dan beri pilihan lebih sihat.

6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)

  • 1 orang: ±300ml
  • 20 orang: ±6–8 liter
  • 50 orang: ±15–18 liter

Pastikan cukup, terutama jika cuaca panas.

7. Kuih Dan Pencuci Mulut

  • 1 orang: 2–3 biji kecil
  • 20 orang: ±60 biji
  • 50 orang: ±120–150 biji

Kuih wajib ada, terutama bila ramai kanak-kanak hadir.

Tips Extra Untuk Open House Raya

  • Tambah 10 hingga 15% untuk “top-up”
  • Ramai kanak-kanak → kurangkan nasi dan sayur, lebihkan kuih dan air
  • Pastikan mangkuk, senduk dan tisu mencukupi

Pesanan Untuk Tetamu

  • Ambil makanan berpada-pada
  • Jangan membazir
  • Ambil sikit dulu, tambah kemudian

Tuan rumah dah keluarkan kos dan tenaga untuk sediakan jamuan. Hormat usaha mereka supaya open house raya lebih bermakna dan berkat.

Dengan panduan sukatan ini, open house raya anda pasti lebih teratur, makanan cukup, tetamu gembira dan tiada pembaziran.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN