Jom kita cuba buat Onigiri Tuna Mayo ala Family Mart di rumah. Mudah sangat rupanya. Satu keluarga pula boleh makan sampai kenyang, jadi puas hati.
Tak perlu dah nak borong semua onigiri dekat kedai. Boleh berjimat guna cara ini.
Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!
Jom tengok resipi yang sudah viral ini yang dikongsikan oleh @silvialim18 di laman Facebook. Boleh olah ikut tekak masing-masing ya. Sekali-sekala boleh lah untuk memuaskan selera anda yang mengidamkan oden Family Mart itu.
Bahan-bahan:
Bahan inti onigiri:
Bahan lain:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula masak nasi sehingga masak (cara memasak nasi sama seperti biasa). Setelah nasi masak, masukkan cuka beras, gula dan garam himalaya. Gaul rata dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih & bawang besar yang dihiris dengan sedikit minyak hingga naik bau kemudian masukkan tuna, tumis sebentar hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam, gula & lada hitam secukup rasa kemudian masukkan juga daun bawang yang dihiris, kacau rata.
4. Bila dah tak panas, masukkan 100gram mayonis dan gaul rata.
5. Akhir sekali, ambil nasi yang sudah diperasakan dan masukkan isi tuna mayo. Kemudian, bentukkan segitiga sehingga padat kemudian hiaskan dengan seaweed. Ulang sehingga nasi dan inti habis. Siap!
Selamat mencuba resipi Onigiri Tuna Mayo ini.
Baca juga: Reaksi Orang Jepun Dengan Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…