Categories: Informasi

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Kembali Pada November, Kali Ini Ada 4 Kategori Baharu!

Kempen OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua pada November ini dengan memperkenalkan empat kategori baharu yang memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk menerima pengiktirafan daripada peminat.

Menerusi penganjuran kali ini, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan merangkumi dunia hiburan, pencipta kandungan digital, perniagaan dan komuniti peminat.

Menariknya, peminat berpeluang menentukan calon pilihan masing-masing menerusi undian dalam talian yang berlangsung dalam dua fasa, iaitu Top 15 dan Top 5, sebelum pemenang diumumkan pada Januari 2027.

Baca juga: Qaisyah Khairunnisa Usia 9 Tahun Bergelar Juara Pentas Little Star SirapLimau, Raih 200,889 Undi!

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Perkenal 4 Kategori Baharu

Empat kategori baharu diperkenalkan bagi edisi kedua ini, iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral dan Pelakon Paling Viral.

Penambahan kategori ini membuka ruang kepada lebih ramai individu untuk mendapat pengiktirafan berdasarkan perhatian dan sokongan orang ramai dalam dunia hiburan serta digital.

Bagi kategori Pelakon Paling Viral, pelakon lelaki dan wanita akan bersaing dalam satu kategori yang sama untuk merebut satu gelaran pemenang sahaja.

Selain empat kategori baharu itu, lima kategori sedia ada turut dikekalkan seperti berikut:

  • Content Creator Paling Viral
  • Filem Paling Viral
  • Drama Paling Viral
  • Lagu Paling HOT
  • Kelab Peminat Paling Viral

Kesemua sembilan kategori ini memberi peluang kepada peminat untuk menunjukkan sokongan terhadap calon kegemaran masing-masing melalui undian dalam talian.

Undian Dibuka Dalam Dua Fasa, Ini Tarikh Penting

Bagi memastikan persaingan berlangsung secara berperingkat, sistem undian OhBulan! Paling Viral Online 2.0 dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dan Top 5.

Berikut ialah tarikh penting yang perlu diketahui peminat:

  • Fasa Top 15: 2 November 2026 hingga 1 Disember 2026
  • Fasa Top 5: 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027
  • Pengumuman pemenang: 15 Januari 2027, jam 9 malam

Fasa Top 15 akan menentukan 15 calon yang mara bagi setiap kategori. Calon yang berjaya melangkah ke fasa Top 5 pula akan meneruskan persaingan untuk merebut gelaran pemenang akhir.

Pemenang akan ditentukan sepenuhnya menerusi sokongan orang ramai melalui undian dalam talian. Setiap pengguna boleh memberikan maksimum 50 undian sehari.

Jadi, peminat yang mahu calon pilihan mereka mendapat pengiktirafan boleh mengambil bahagian sepanjang tempoh undian yang ditetapkan.

Sambutan Positif Dorong Penganjuran Edisi Kedua

Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof berkata, sambutan menggalakkan daripada penganjuran sulung menjadi antara faktor yang mendorong kempen ini diteruskan.

“Melihat kepada maklum balas yang menggalakkan pada edisi pertama, kami mahu meneruskan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 bagi memberi pengiktirafan kepada selebriti, pencipta kandungan, peniaga, lagu dan drama yang menjadi tumpuan ramai.

“Kami memperkenalkan empat kategori baharu bagi memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk diiktiraf, di samping mengekalkan kategori khas buat peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka. Kami percaya dengan sokongan semua, edisi kali ini akan memberi impak yang lebih besar,” katanya.

Pemenang Diumumkan Secara Langsung Di TikTok OhBulan!

Pemenang OhBulan! Paling Viral Online 2.0 akan diumumkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan! pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.

Bagi memeriahkan kempen ini, pelbagai aktiviti promosi turut dijalankan menerusi TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital dan penerbitan artikel di portal.

Kempen ini juga mendapat sokongan melalui kerjasama strategik dengan program bual bicara TV3 seperti Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini, selain sesi temu bual bersama stesen radio Hot FM dan Kool 101.

Peminat boleh mengikuti perkembangan kempen ini di media sosial menerusi tanda pagar rasmi #ohbulanpalingviralonline2.0.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengambil bahagian dalam undian, layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0.

Baca juga: Bukan Sekadar Nak Kurus, ‘Sihat Itu Seksi’! The Vocket Lancar Kempen Ajak Orang Ramai Hidup Lebih Sihat

Wan N

Recent Posts

Resipi Koktail Sagu Gula Melaka, Rahsia Cantik Berkristal Rupanya Kena Buat Begini!

Koktail sagu gula melaka antara pencuci mulut yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan sagu…

50 mins ago

Resipi Pad Kra Pao Ayam Thai Ala Kedai Tomyam, Guna Bahan Ringkas Pun Jadi Sedap!

Pad kra pao resepi ini sesuai untuk anda yang menggemari masakan Thai dengan rasa pedas,…

2 hours ago

Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

Nak masak sup yang sedap tetapi daging pada tulang masih liat? Ada cara rebus tulang…

3 hours ago

Ramai Tak Tahu Petua Sayur Masak Lemak Jadi Lagi Sedap, Bahan INI Kena Tumbuk Dulu!

Resepi sayur masak lemak antara hidangan kampung yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama…

3 hours ago

Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Resipi ayam kicap sedap ini sesuai untuk sesiapa yang suka lauk ayam dengan kuah pekat…

4 hours ago

Sayur Pak Choy Sos Tiram, Resipi Mudah Dengan Kuah Pekat Bawang Putih Macam Di Restoran!

Sayur pak choy sos tiram antara hidangan ringkas yang boleh menaikkan selera, lebih-lebih lagi apabila…

5 hours ago