Setiap ibu di dunia pasti nak sediakan sarapan menarik untuk buat anak bangun awal dan tarik selera makannya. Oleh itu, anda boleh cuba buat Nugget Ayam versi stick ini.
Nugget Ayam ialah produk ketulan daging ayam yang dilapisi dengan tepung roti atau bater, kemudian digoreng atau dibakar.
Dicipta pada tahun 1950, snek ini telah menjadi menu restoran makanan segera yang popular, serta produk sejuk beku yang banyak dijual untuk kegunaan di dapur.
Seiring dengan zaman moden, banyak resipi Nugget Ayam yang diolah mengikut kreativiti tersendiri supaya lebih berkhasiat dan mudah dimakan di rumah.
Seperti perkongsian resipi Nugget Ayam oleh Nurul Natasya Abidin di Facebook ini, dia membuatnya dalam bentuk stick supaya nampak lebih menarik. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!
Bahan-bahan:
Bahan salut untuk goreng:
Cara-cara:
1. Mula-mula, rebus atau kukus semua bahan terlebih dahulu.
2. Jika susah melekat pada batang aiskrim, chopstick atau lidi, rebus dalam bentuk bulat terlebih dahulu, kemudian baru cucuk.
3. Selepas itu, boleh bekukan dahulu untuk dijadikan sebagai salah satu stok makanan sejuk beku. Nak goreng terus pun boleh.
4. Apabila nak goreng, gaul dengan telur dan salutkan dengan tepung gandum dan tepung jagung.
5. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Kemudian, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Nugget Ayam versi stick begini pasti buatkan anak anda berselera memakannya. Jika tak diawasi, silap-silap mereka akan makan sampai habis tanpa tinggalkan satu pun untuk anda.
Anda boleh nikmati snek ini dengan cicah sos cili atau mayonis sebagai sarapan atau minum petang bersama anak-anak di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Natasya Abidin
Baca juga: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…