Categories: Resipi

Resepi Nasi Daging Simple Tanpa Goreng, Boleh Buat Pakai Periuk Nasi Je!

Jika anda berasal dari negeri di utara Semenanjung Malaysia, mesti teruja apabila dapat tahu adanya resepi Nasi Daging simple yang sangat sedap.

Walaupun sering dihidangkan ketika majlis kenduri atau perayaan, namun tak salah jika nak buat pada hari biasa dengan menggunakan resepi Nasi Daging simple sebagai hidangan lazat di rumah.

Resepi Nasi Daging simple ini cukup mudah dibuat kerana anda boleh gunakan periuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Syahindah Reoslan di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Hainan, Ada Tips Menarik Supaya Sedap Beraroma!

RESEPI NASI DAGING SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Rempah kurma
  • Halia (hiris)
  • 4½ cawan beras
  • Minyak sapi
  • Minyak masak
  • Bawang kecil (hiris)
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • Buah keras
  • Serai
  • Daun pandan
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit garam atau secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

Cara-cara memasak:

1. Jika anda menggunakan beras basmathi, anda perlu basuh dan rendam lebih kurang 30 minit terlebih dahulu supaya nasi jadi lembut nanti.

2. Sementara itu, rebus daging bersama rempah kurma dan hirisan halia. Setelah daging empuk, tutup api dan asingkan ke tepi.

3. Seterusnya, panaskan minyak sapi yang dicampur dengan minyak masak.

4. Selepas itu, tumis hirisan bawang kecil, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan buah keras.

5. Kemudian, masukkan serai dan daun pandan. Setelah naik bau, boleh masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi beras tadi.

6. Setelah itu, masukkan air rebusan bersama daging yang diketepikan tadi dan kacau rata.

7. Masukkan juga 2 sudu besar tomato puree, 1 cawan susu cair dan sedikit garam atau secukup rasa.

8. Akhir sekali, biarkan sehingga ia masak dalam periuk nasi. Setelah siap, bole tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Siap untuk dinikmati!

Resepi Nasi Daging simple ini boleh digandingkan dengan lauk seperti daging, ayam atau kambing bakar dan dijamin rasanya lebih mantap.

Selamat mencuba!

Sumber: Syahindah Reoslan

Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

8 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

8 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

9 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

9 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

12 hours ago